Page 33 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

INFO RANGKAIAN
l
MOINKi
iM M lM \m \M
erpustakaan Awam Daerah Kemaman telah
mengadakan bengkel Sesi Bercerita untuk kakitangan
Perpustakaan Awam Daerah Dan Pekan Kerteh
termasuk petugas perpustakaan desa pada 3 Oktober
2012 bertempat di Bilik Aktiviti Sudut Pak Belang.
Bengkel ini diadakan sebagai satu pendekatan alternatif
pengajaran yang boleh digunakan oleh kakitangan
perpustakaan
dalam
menyampaikan
maklumat
penceritaan
kepada
pengguna
terutamanya
kanak-kanak. Bengkel ini telah dikendalikan Barbara
Ann Sunny Kurti yang merupakan seorang sukarela guru
penutur jati di bawah kelolaan Jabatan Pelajaran
Malaysia.
Beliau kini bertugas sebagai mentor kepada guru bahasa
di SK Felda Neram 1, SK Air Putih dan SK Cerul,
Kemaman. Pelbagai kaedah dan teknik bercerita telah
diajar berpandukan kepada buku-buku yang terdapat di
perpustakaan. Beliau turut berkongsi pengalaman dan
pengetahuan tentang pengajaran dan pembelajaran
melalui bercerita. Diharapkan kakitangan dapat
mengaplikasikan teknik bercerita yang diajar agar aktiviti
sesi bercerita akan menjadi lebih menarik dan
menyeronokkan.
Satu karnival berkaitan dengan pemakanan sihat telah dianjurkan oleh pejabat KEMAS Daerah Hulu Terengganu
pada 13 hingga 14 Julai 2012 di Dataran Kuala Telemong. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan
pengetahuan mengenai amalan dan gaya hidup pemakanan sihat melalui cara pemakanan yang betui serta
memahami isu mengenai kesihatan. Perpustakaan Desa Kuala Telemong turut dijemput untuk memeriahkan lagi
sambutan karnival ini dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti Pendaftaran Keahlian, Pinjaman Buku,
Permainan Dam Ular Gergasi, Teka Mukasurat Buku serta Pameran Perpustakaan. Melalui karnival ini ianya
turut dapat dijadikan landasan bagi memperkenalkan peranan dan perkhidmatan Perpustakaan Desa secara
meluas kepada komuniti setempat.
SALAM JULAI - DISEMBER 2012
29