Page 35 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

INFO RANGKAIAN
R ER R lD SM m M M E a m m B a m
Sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2012, satu program yang dikenali sebagai Ahli Parlimen Setiu
Bersama Masyarakat telah diadakan pada 30 Oktober 2012 bertempat di Perpustakaan Awam Daerah Setiu.
Program ini merupakan anjuran bersama PAD Setiu dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Setiu dan
IVIajlis Daerah Setiu. Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan sambutan bulan bahasa kebangsaan
yang disambut pada setiap bulan Oktober. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Pertandingan Puzzle Bulan
Bahasa, Pertandingan Mewarna Logo Bulan Bahasa Kebangsaan dan Pertandingan Melukis dan Mewarna
Poster. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu peringkat pra dan tadika sekolah bagi acara
puzzle dan mewarna serta peringkat Sekolah Menengah bagi acara Pertandingan Melukis dan Mewarna Poster.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Perpustakaan, PAD Setiu yang mewakili
Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu dan Dato’ Mohd Jidin bin Shafee, Ahli Parlimen Setiu.
SAMBUTANBULANBAHASAKEBANCMAN2012DI PERPUffAKAANAWAMPEKANKERTEH
Bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan, Perpustakaan Awam Pekan Kerteh telah
menganjurkan beberapa pertandingan dan aktiviti untuk meraikan sambutan ini. Program ini telah diadakan pada
24 Oktober 2012 yang melibatkan kanak-kanak Pra Sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan iaiah seperti
Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Cepat Mengeja. Selain itu, kanak-kanak ini turut membuat
persembahan
‘Chicky Dance’
serta menunjukkan bakat mereka dalam pertandingan bercerita. Aktiviti sebegini
diharapkan dapat memberi impak kepada peserta bagi memartabatkan peranan bahasa kebangsaan sebagai
tonggak Negara.
SALAM JULAI - DISEMBER 2012
31