Page 36 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

INFO RANGKAIAN
M n i
Perpustakaan Awam Pekan Jerteh turut tidak ketinggalan menganjurkan sambutan hari Raya Aidilfiri pada 12
September 2012. Program yang bermula pada jam 10.00 pagi ini telah mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada pengguna serta jabatan dan agensi-agensi sekitar Pekan Jerteh. Kakitangan daripada
Perpustakaan Awam Negeri Terengganu serta Perpustakaan Awam Daerah turut hadir sama bagi memeriahkan
lagi sambutan tersebut. Pelbagai juadah dan menu telah disediakan seperti nasi minyak, nasi kerabu, laksa
Johor, bihun, ketupat dan kuih-muih. Walaupun ruang untuk mengadakan jamuan hari raya ini agak terbatas,
tetapi ianya tidak menghalang warga PAP Jerteh untuk menganjurkan sambutan hari raya ini dan sekaligus
ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kakitangan perpustakaan dan pengguna.
\m
3
m
Sempena sambutan bulan kemerdekaan, Perpustakaan Awam Daerah Marang telah menganjurkan pelbagai
aktiviti menarik pada 29 September 2012. Antara aktiviti yang diadakan iaiah seperti Pertandingan
Jigsaw
Puzzle,
Pertandingan Membuat Kolaj Bendera Malaysia, Pertandingan Memancing dan Membina Huruf,
Permainan Dam Ular Gergasi, Karaoke Lagu Patriotik, Kuiz Kemerdekaan, serta Meneka Mukasurat Buku.
Aktiviti ini telah menarik penyertaan daripada golongan kanak-kanak serta ibu bapa. Semoga dengan
penganjuran program seperti ini akan dapat memupuk semangat cintakan negara terutama kepada golongan
kanak-kanak.
SALAM JULAI - DISEMBER 2012
32