Page 37 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

INFO RANGKAIAN
JL _ -
m
[ F U l M F y ^ A C S A A I N I A W A R f l If>I
1
K A [ N ] J U K i n i l H ]
Oem pena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan
2012 yang disambut pada setiap bulan Oktober 2012,
Perpustakaan Awam Pekan Jerteh telah mengadakan
beberapa aktiviti sempena program tersebut.
Antaranya iaiah Pertandingan Ejaan Pantas & Tepat,
Sesi Jom Berpantun, Kempen Galakan Membaca
serta Pertandingan Dam Ular Gergasi yang telah
diadakan pada 20 Oktober 2012.
Pertandingan Ejaan Pantas & Tepat ini terbahagi
kepada 2 kategori iaitu bagi kategori kanak-kanak
Tadika dan Tahap 1. Seramai 18 orang pelajar telah
menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini
bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak mengeja
dengan betui disamping meningkatkan keyakinan diri
mereka dalam menyertai pertandingan.
Kempen
Galakan
membaca
pula bertujuan
menggalakkan orang ramai untuk membaca dan
meminjam buku di perpustakaan. Setiap ahli yang
meminjam sekurang-kurangnya 4 buah buku akan
mendapat satu kupon cabutan bertuah bagi
melayakkan mereka menyertai cabutan bertuah.
Cabutan ini dilakukan pada setiap minggu.
Sesi Jom Berpantun pula menfokuskan kepada
golongan remaja dan dewasa. Dalam pertandingan
ini peserta diminta menyambung setiap pantun yang
diberikan. Dan mereka berjaya menyambung pantun
dengan betuI akan diberikan hadiah saguhati. Sesi ini
bertujuan untuk menghidupkan kembali budaya
berpantun dikalangan masyarakat.
Sejak kebelakangan ini industri pembuatan
coklat tangan semakin mendapat tempat|^
kerana sambutan yang menggalakkan di
pasaran tempatan. Coklat buatan tangan kini
semakin ramai dipelopori pembuatannya di
kalangan suri rumah dan usahawan tempatan.
Melihat kepada senario ini, Perpustakaan
Awam Pekan Kerteh telah mengambil inisiatif
untuk mengadakan demonstrasi coklat buatan
tangan yang telah dikendalikan oleh chef yang
berpengalaman iaitu Puan NoorAida Fazwani
binti Ramli. Demonstrasi ini telah diadakan
pada 8 Disember 2012 dan telah melibatkan
seramai 20 peserta yang terdiri daripada
golongan dewasa dan belia. Didalam
demonstrasi ini, para peserta telah didedahkan
tentang teknik pembuatan coklat dan proses
mengadun coklat agar dapat menghasilkan | |S \
coklat buatan tangan yang bukan sahaja sedap - ^
tetapi juga berkualiti.
SALAM JULAI - DISEMBER 2012
33