Page 38 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

INFO RANGKAIAN
a s 3 ° m x ]
Pada 1 November 2012 yang lalu, Perpustakaan Awam Daerah Setiu telah mengadakan aktiviti Eksplorasi
Perpustakaan bersama dengan pelajar-pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana, Setiu.
Seramai 32 orang pelajar telah menyertai aktiviti ini dan telah dibahagikan kepada empat kumpulan. Antara
segmen yang diadakan adalah segmen Pesanan Berantai, segmen Mencipta Logo Kumpulan dan segmen
Meneka Simpulan Bahasa berdasarkan aksi yang dipersembahkan oleh ahli kumpulan masing-masing. Selesai
mengadakan aktiviti peserta telah dibawa melawat ke bebarapa bahagian di PAD Setiu dan diberi penerangan
berkaitan dengan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan.
MM
mmi
mm
wmi!i/ihasaii/iiis/wi
Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan pada tahun ini, Perpustakaan Awam Daerah Dungun dengan kerjasama
kakitangan Perpustakaan Desa (PNM) Zon 10 telah menganjurkan Program Semarak Bahasa pada 24 Oktober
2012. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha menyebarluaskan penggunaan Bahasa
Kebangsaan kepada masyarakat. Selain itu, melalui program ini diharapkan dapat menyemai dan menyuburkan
kecintaan pelajar terhadap bahasa dan budaya kita. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya iaiah
Pertandingan Mewarna, Gali Kata, Susun Perkataan, Teka Silangkata dan Kuiz Bahasa 'Dam Ular Gergasi'.
Program ini telah disertai oleh 100 orang pelajar terdiri daripada kanak-kanak tadika, pelajar sekolah rendah
dan menengah sekitar Daerah Dungun.
SALAM JULAI - DISEMBER 2012
34