Page 39 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

INFO RANGKAIAN
PERTANDINGAN MEMASAK BUBUR. ASYUIL\ PERDANA
PERINGKAT DAERAH KEMAMAN TAHUN 2012/1434H
Perpustakaan Awam Daerah Kemaman telah menyertai Pertandingan Memasak Bubur Asyura Perdana
Peringkat Daerah Kemaman Tahun 2012/1434H bersempena bulan Muharram bertempat di Padang Bola,
Binjai, Kemaman pada 8 Disember 2012. Pertandingan ini telah disertai oleh pelbagai agensi kerajaan dan
swasta, Jawatankuasa Kecil Kampung (JKKK Daerah Kemaman) serta NGO Daerah Kemaman. IVIajlis
Perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Haji Ahmad bin
Said, Menteri Besar Terengganu. Sebanyak 254 kumpulan telah bertanding dalam pertandingan yang kini
memasuki edisi ke-4 pada tahun ini. Kebanyakkan peserta pada kali ni telah menampilkan kreativiti mereka
dalam menghias bubur asyura serta mempamerkan keupayaan mempelbagaikan kaedah serta cara
penyediaan makanan tradisi ini.
PROGRAM GALAKAN MEMBACA
PUSAT SUM BER KEMAS PARLIMEN MARANG
Program Galakan Membaca Pusat Sumber Kemas
Parlimen Marang bersama Perpustakaan Awam
Daerah Marang telah diadakan pada 6 Disember
2012. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti
Pertandingan Mewarna bagi kategori kanak-kanak
tadika dan tahap 1, Pertandingan Bercerita
kanak-kanak tahap 2, Pertandingan Tulisan Khat
Dewasa, Pertandingan Sajak Dewasa dan
'Explore
^
Race'
keluarga. Majlis penutup program telah
disempurnakan oleh pegawai KEMAS Daerah
Marang, Haji Yusof Bin Norbit. Diharapkan program ini
dapat
dijadikan
platform
untuk
membentuk
masyarakat berilmu dan tidak ketinggalan zaman
dalam arus pemodenan pada era globalisasi kini.
SALAM JULAI - DISEMBER 2012
35