Page 41 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

INFO RANGKAIAN
engakhiri diari perasmian perpustakaan desa bagi tahun
2012, PPAT sekali lagi telah turun padang merasmikan
Perpustakaan Desa Kg. Seberang Tayur Hulu, Kemaman
pada tanggal 17 Disember 2012. Majlis Perasmian
perpustakaan desa ini telah disempurnakan oleh Y.B. Tuan
Haji Wan Abdul Hakim Bin Tan Sri Haji Wan Mokhtar, Adun
kawasan Air Putih, Kemaman. Perpustakaan Desa ini telah
dibina oleh Pejabat Daerah Kemaman melalui peruntukan
daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri
Terengganu pada tahun 2009. Bangunan ini telah diserahkan
secara rasmi oleh Pegawai Daerah Kemaman kepada
Perbadanan Perpustakaan awam Terengganu (PPAT) pada
15Mei 2011.
Pelbagai aktiviti dan acara sampingan yang diadakan bagi
memeriahkan majlis tersebut seperti Pertandingan Mewarna
bagi kanak-kanak Pra Sekolah, Pertandingan Gubahan Tuala,
Pertandingan Dam Ular Gergasi serta Cabutan Bertuah
kepada penduduk setempat yang hadir. Majlis yang bermula
pada 11.00 pagi ini telah diakhiri dengan sesi lawatan ke
perpustakaan desa tersebut. Diharap dengan perkhidmatan
perpustakaan desa ini akan memberi kemudahan ilmu dan
memupuk masyarakat membaca kepada penduduk setempat.
SALAM JULAI - DISEMBER 2012
37