Page 42 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

INFO RANGKAIAN
IM W
im m m
i d i s y r
Bagi meningkatkan perangkaan keahlian dikalangan pengguna, Perpustakaan Awam Daerah Besut telah
mengadakan kempen menjadi Ahli Perpustakaan melalui Program Nilam bersama Sekolah Menengah
Kebangsaan Tengku Mahmud 1, Besut. Program ini telah diadakan pada 25 Julai 2012 dan seramai 300
ahli baru yang terdiri daripada pelajar dan guru telah berdaftar menjadi ahli perpustakaan. Para peserta turut
diberi taklimat berkaitan dengan perkhidmatan dan kemudahan yang terdapat di PAD Besut oleh Penolong
Pegawai Perpustakaan, En. Mohd Azran Bin Yusoff.
TAKLIMAT
SISTEM PiRPUSTAKAAN
BERSiPADU VIRTUA
KEPADA GURU TASKA
YAYASAN PEMBANGUNAN
KELUARGA
Penggunaan Sistem Perpustakaan Bersepadu
Virtua di Perpustakaan Awam Daerah Besut
telah diperluaskan kempen mengenainya
dengan mengadakan taklimat kepada guru Taska
Yayasan Pembangunan Keluarga Daerah Besut.
Program ini merupakan kerjasama antara
Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) dan
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah
Besut. Taklimat yang diadakan pada 2 Julai 2012
di PAD Besut ini telah berjaya menarik 60 orang
peserta menjadi ahli perpustakaan. Taklimat ini
turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah II Yayasan
Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu,
Puan Hajah Ramlah Binti Idris dan Pegawai JKM
Negeri Terengganu Tuan Haji Zain.
SALAM JULAI - DISEMBER 2012