Page 43 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

INFO RANGKAIAN
H A K 3 T € R B M C A
P e R P U S T A K A A A f A W A M
B A e R A t f s e j j u
I r^erpustakaan Awam
Daerah
Setiu
telah
mengadakan Hari Terbuka atau Hari Bertemu
Pelanggan Perpustakaan pada 18 Disember 2012.
Objektif program ini diadakan adalah bagi menarik
lebih ramai pengunjung untuk hadir ke perpustakaan
dan memberi pendedahan kepada mereka tentang
kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di PAD
Setiu. Antara aktiviti yang dijalankan adalah
Pertandingan Gubahan Buku, Pameran dan
Pemeriksaan Kesihatan Percuma daripada Pejabat
Kesihatan Kampung Rahmat, Setiu. Hari terbuka
yang diadakan ini turut diserikan lagi dengan
kehadiran Yang berhormat Haji Abdul Halim bin
Jusoh, Ahli Dewan Undangan Negeri Permaisuri
yang turut beramah mesra dengan pengunjung serta
sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang
pertandingan gubahan buku.
HARI TERBUKA PERPUSTAKAAN DESA KAMPUNG KUA
Perpustakaan Desa Kampung Kua, Hulu Terengganu telah menganjurkan Hari Terbuka Perpustakaan pada 24
Disember 2012. Pelbagai aktiviti menarik telah diatur sepanjang program tersebut berlangsung. Antara aktiviti yang
daidakan iaiah Mari Membaca, Permainan Dalaman, Kuiz Perpustakaan, dan Kraft Origami. Seramai 45 orang
pengunjung yang terdiri dari surirumah, ibubapa, remaja dan kanak-kanak telah menyertai Hari Terbuka tersebut.
Penyampaian hadiah bagi peminjam terbanyak dan ahli aktif telah dilakukan oleh Penolong Pegawai Perpustakaan
Daerah Hulu Terengganu bersama Setiausaha JKKK Kampung Kua.
SALAM JULAI - DISEMBER 2012
39