Page 62 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

BELANSUNGKAWA
Q ^ m o ^ a ro h h e lia u
d ic u c u r i ra h m a t d a n
^.an a im u m ^ a n
o ra n ^ -o ra n ^ p a n ^ h erim cm
Pada tanggal 26 November 2012 bersamaan 12 Muharam 1434
H, PPAT telah dikejutkan dengan perkhabaran salah seorang
daripada warga kerjanya telah menyambut seruan ilahi.
Allahyarhamah Puan Nordina binti Mohd Said, 51, petugas
Perpustakaan Desa Kampung Langkap, Setiu telah
menghembus nafas terakhirnya akibat masalah penyakit buah
pinggang. Allahyarhamah dilahlrkan pada 4 Mei 1961 dl Alor
Setar, Kedah dan dibesarkan di Terengganu. Beliau telah
mendapat pendldikan awal di Sekolah Rendah kebangsaan
Pasir Panjang dan telah melanjutkan pelajarannya ke Sekolah
Menengah Kebangsaan Tengku Bariah, Kuala Terengganu.
Beliau iaiah seorang pelajar yang aktif dalam bidang
kokurikolum. Allahyarhamah Puan Nordina binti Mohd Said
telah mendirikan rumah tangga dengan pasangannya Abdul
Ghafar bin Abu Bakar dan di kurniakan dengan 6 orang
cahayamata yang menetap di Kampung Langkap Baru, Setiu.
Beliau telah dilantik sebagai Pembantu Am Rendah sambilan
pada 1 Julai 1999 dan telah memulakan tugasnya pada 26 Julai
1999 di Perpustakaan Desa Kampung Langkap, Setiu. Pada 1
Februari 2006, beliau telah di lantik sebagai Pembantu Am
Pejabat Gred N1 sementara. Atas dedikasi dan komitmen yang
tinggi terhadap tugasnya, beliau kemudiannya telah dilantik ke
jawatan Pembantu Perpustakaan Sementara S I7 pada 1 Julai
2007. Personaliti
beliau yang merendah diri
dan
bertanggungjawab terhadap kerja telah membuatkan beliau
disenangi oleh pegawai dan semua warga kerja PPAT.
Pemergian beliau satu kehilangan besar kepada warga kerja
PPAT. Kami di Sidang Redaksi SALAM dan seluruh warga kerja
PPAT mengucapkan takziah kepada seisi keluarga
Allahyarhamah. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat
dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin
M n
Mordinmb in^ Mohd
SALAM JULAI - DISEMBER 2012
58