Page 63 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

‘’^ ^ u s t a k a a n A . } r a m
Q l ^ u
Perpustakaan Awam Daerah Setiu (PADS) merupakan
perpustakaan awam daerah yang keenam ditubuhkan oleh
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT).
Sejarah PADS bermula pada tahun 1978 dimana pada waktu
itu, sebuah bangunan bernilai RM80,000.00 telah didirikan
bagi kegunaan Persatuan Belia MAYC Daerah setiu. Pada
tahun 1979, bangunan tersebut telah dijadikan sebuah
Perpustakaan Awam dibawah pengawasan KEMAS.
Bangunan yang diperbuat daripada kayu ini kemudiannya
telah diserahkan kepada PPAT dalam tahun 1986 bagi
memberikan perkhidmatan perpustakaan secara lebih
sistematik kepada komuniti di Daerah Setiu.
Memandangkan penggunaan perpustakaan mendapat
sambutan yang begitu menggalakkan, Kerajaan Negeri
melalui PPAT telah mengambil inisiatif untuk membina
sebuah bangunan perpustakaan baru yang lebih lengkap,
moden dan
tersusun bagi menampung kegiatan
penyelidikan dan pembacaan komuniti setempat. Selain
daripada itu, faktor bangunan yang semakin uzur dan tidak
lagi sesuai untuk digunakan turut menyumbang ke arah
pelaksanaan projek ini.
Setelah beberapa lama dalam perancangan, akhirnya
sebuah tapak berkeluasan 10,097 meter persegi telah
diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri bagi membina sebuah
perpustakaan yang baru. Tapak yang asalnya merupakan
sebuah kawasan bercerun telah diratakan dan dibangunkan
sejurus pemilikan tapak diperolehi pada 8 September 2008.
Bangunan baru yang dibina ini telah mengambil spesifikasi
bangunan Perpustakaan Awam Daerah Marang dan projek
pembinaanya telah diletakkan di bawah seliaan Jabatan
Kerja Raya (JKR) Daerah Setiu. Syarikat Adika Pertama
Sdn.Bhd telah dilantik sebagai kontraktor utama dan
kerja-kerja pembinaan telah dimulakan sekitar bulan
Disember 2008.
Kos pembinaan bangunan yang pada asalnya berjumlah
RM 6.4 juta telah meningkat kepada RM 8.7 juta apabila
beberapa penambahan terhadap spefikasi bangunan
terpaksa dibuat ke atas pelan asal termasuk penambahan
tingkat bangunan daripada setingkat kepada dua tingkat.
Akhirnya impian komuniti sekitar untuk memiliki sebuah
bangunan perpustakaan baru berjaya direalisasikan
apabila PADS telah telah slap dibina pada 3 Oktober 2011.
Perpindahan ke lokasi baru mula dibuat mulai tanggal 6
Disember 2011. Setelah segala persiapan selesai
dilaksanakan, bangunan ini telah mula beroperasi pada 28
April 2012 bersempena majlis sambutan Hari Buku &
Hakcipta Sedunia yang disambut pada 23 April setiap
tahun.
Bersesuaian dengan konsep bangunannya yang
melambangkan pencapaian intelektual, perpustakaan ini
dibina dengan kemudahan dan prasarana asas sebuah
perpustakaan bagi memberi keselesaan dan kepuasan
kepada petugas dan pengguna perpustakaan. la terdiri
daripada 4 bahagian utama iaitu bahagian pinjaman,
bahagian rujukan, bahagian kanak-kanak dan bahagian
multimedia.
Bagi melengkapkan lagi prasarana di perpustakaan ini,
sebuah dewan serbaguna turut dibina untuk kemudahan
petugas menjalankan aktiviti-aktiviti perpustakaan. Dewan
yang ini juga dibuka bagi tujuan penyewaan kepada
jabatan atau agensi yang berminat dengan dikenakan
kadar sewaan yang berpatutan.