Page 4 - Salam Julai - Dis 2016
P. 4

SALAM  KETUA  PENGARANG








               SALAM  KETUA  PENGARANG








       Assalamualaikum w.b.t


       Syukur  ke  hadrat Allah  s.w.t  kerana  dengan limpah  kurnianya  kita  dapat bersua  kembali dalam edisi  Julai -
       Disember 2016.  Salam  pengenalan dari soya yang diberi kepercayaan untuk memberikan kata aluan dalam
       penerbitan  SALAM  pada  kali  ini.  Tanpa  disedari  kita  telah  menghampiri  penghujung  tahun  2016.  Pelbagai
       peristiwa gembira dan sedih berlaku dalam tempoh enam bulan terakhir ini.

       Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT)  di bawah kepimpinan Y.Bhg. Dato' Hajah Nor Akmal binti
       Abd.  Fatah  telah  mendapat  Anugerah  Kecemerlangan  Pengurusan  Kewangan  Berdasarkan  lndeks
       Akauntabiliti Tahun 2015. Majlis penganugerahan ini telah diadakan di Melaka International Trade Centre (MITC)
       dan YBhg.  Dato' Pengarah telah menerima anugerah ini dari Ketua Menteri Melaka, YAB  Datuk Seri  lr.  Haji ldris
       bin Haji Harun. PPAT juga mendapat pengiktirafan di atas Anugerah 5 Bintang PROBE 2015 (provider evaluation
       report Malaysia  digital  economy Corporation)  dari MDEC.  Tahniah ... !!!  di  atas pencapaian  berganda pada
       tahun ini.

       Sebagaimana yang kita tahu, pada tempoh ini  kita telah kehilangan 3 orang pegawai peringkat Pengurusan
       dan Profesional yang telah bersara wajib pada usia 60 tahun. Pada awol Jun, Puan Hajah Rohayah binti Yahya
       (Ketua  Bahagian  Perkhidmatan  Rujukan  dan Maklumat)  telah  menamatkan perkhidmatan setelah  menabur
       bakti di  perpustakaan selama 35  to hun.  Diikuti  pula pad a  1 November 2016,  bersaranya  Cik Aminah binti Ali
       (Ketua Bahagian Rangkaian Perpustakaan) setelah menabur khidmat di perpustakaan selama 35 tahun juga.
       Kita  juga  kehilangan  YBhg.  Dato,  Pengarah  Dato  Hajah  Nor Akmal  binti  Abd.  Fatah  (Pegawai  Tadbir  dan
       Diplomatik)  yang  telah  berkhidmat di  perpustakaan  sejak tahun  2006  yang  bersara  wajib  pada  1 Disember
       2016.


       Selaras  dengan  saranan  kerajaan,  Perbadanan  Perpustakaan  Awam  Terengganu  juga  telah  mengambil
       tindakan  yang soma  ke  arah  penjimatan  perbelanjaan.  Para  kakitangan  telah  diiingatkan  supaya  sentiasa
       mengamalkan budaya penjimatan dalam perbelanjaan.  Perpustakaan  Desa  yang  tidak berdaya saing  dari
       segi  pengunjung,  keahlian  dan pinjaman akan ditutup.  Kakitangan  yang  terlibat akan  diberi peluang  untuk
       bertugas di perpustakaan daerah yang terdekat dengan  perpustakaan desa mereka.

       Akhir  kata,  soya  amat  berharap  semua  warga  kerja  Perbadanan  Perpustakaan  Awam  Terengganu  akan
       menjadikan  pelbagai  peristiwa  pahit  manis  di  tahun  2016  sebagai  satu  cabaran  yang  sihat  untuk
       membolehkan kita menghadapai cabaran dan halangan di masa hadapan. Kesepakatan dan kemuafakatan
       sesama kita akan membolehkan kita berjaya mengharungi cabaran yang mendatang. Sehingga bertemu lagi
       di dalam edisi Januari- Jun 2017, salam hormat dari soya.


                                                                                                      c?
       Sekian, Terima kasih.
                                                                                         ~AIL


                                                                                         Ketua Pengarang
                                                                                         Sidang Redaksi SALAM
   1   2   3   4   5   6   7   8   9