
Perpustakaan Awam Daerah Setiu yang baru telah mula beroperasi dan dibuka kepada umum. PAD Setiu telah menerima lawatan sosial pertama daripada Taska Permata Jabi pada 15 Mei 2012. Seramai 15 orang kanak-kanak dan tiga orang guru pengiring turut serta dalam lawatan ini dan telah mendaftar sebagai ahli perpustakaan.




















