Page 11 - Salam Julai - Dis 2016
P. 11
INFO PENGURUSAN
Program ini berlangsung selama 3 minggu (30 jam)
bermula pada 7 Ogos sehingga 25 September 2016.
Jumlah peserta seramai 20 orang terdiri daripada
golongan dewasa dan pelajar universiti. Program ini
bertujuan untuk menambah pengetahuan peserta
mengenai bahasa mandarin dan mempelajari akan
pengunaan ayat-ayat mudah untuk tujuan
komunikasi dalam bahasa tersebut. Di samping itu,
program ini juga memberi pendedahan dan
membantu para pelajar agar dapat berkomunikasi,
mendengar, menulis dan membaca dalam Bahasa
Mandarin dengan baik serta membantu
meningkatkan keyakinan diri kepada para peserta.
Fasilitator yang terlibat ialah Mr.Goh Moh Teng iaitu
seorang guru yang berpengalaman dan mempunyai
pengetahuan luas dalam bidang Bahasa lnggeris
dan Bahasa Mandarin.
Program ini diadakan selama 2 minggu (30 jam) bermula pada 4 Disember sehingga 15 Disember 2016. Program
ini berjaya menarik minot pelajar di sekitar Negeri Terengganu dengan jumlah peserta seramai 178 orang yang
terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah (6- 17 Tahun) . Program ini bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan Bahasa lnggeris dalam aktiviti harian dan cara
mengatasi "stage fright" ketika melakukan persembahan di khalayak ramai. Acara penutup bagi program ini
diakhiri dengan penyampaian sijil dan persembahan dari setiap kumpulan dimana para peserta berpeluang
membuat persembahan di hadapan tetamu dan keluarga mereka. Seramai 7 orang fasilitator terlibat di dalam
program ini iaitu Pn. Aini Nur Farrah Hani bt Md Nor, Pn. Nik @ Aini bt. Mahmud, Pn. Che Ku Ruhaya bt Che Ku Ali,
Cik Alia Najaa bt Md Nor, Cik Farhana bt Wahab, En. Ahmad Ruzaini bin Abdul Hadi dan En. Mohd Faizam Anas
bin Jusoh.