Page 12 - Salam Julai - Dis 2016
P. 12

INFO PENGURUSAN









    Projek  latihan  untuk  Pustakawan  anjuran  National  Library  For  Children's  Young  Adults,  of  Korea  (NLCY)  ini  telah
    diadakan pada 7 hingga 23 November 2016 bertempat di Perpustakaan Negara Korea. Perpustakaan Negara Korea
    melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)  telah memilih  seorang Penolong Pustakawan dari PNM  dan seorang
    dari  Perpustakaan  Awam  Terengganu  iaitu  Pn.  Hajah  Sabariah  binti  Awang  menyertai  latihan  yang  berlansung
    selama  17  hari  ini.  NLCY  telah  menganjurkan  Projek  latihan  setiap  tahun  bermula  dari  tahun  2009  sehingga  kini.
    Seramai  18  orang  peserta  telah  menyertai program yang  mewakili  9  buah  negara  ASEAN  iaitu  Malaysia,  Brunei,
    Kemboja,  Vietnam,  Indonesia,  Thailand,  Filipino,  Laos  dan  Myanmar.  Duo  orang  peserta  mewakili  negara
    masing-masing.

    Para  peserta  latihan  diberi  pendedahan  dan  syarahan  mengenai  mengenai  kepimpinan  sebagai  pustakawan
    kanak-kanak,  ulasan  buku-buku  cerita  kanak-kanak,  English  Storytelling,  Kanak-kanak  dan  komunikasi,  panduan
    bahan bacaan  untuk kanak-kanak dan remaja, sejarah buku -buku bergambar, 'books and role play',  pengenalan
    ruang bacaan untuk perpustakaan kanak-kanak.

    Para peserta juga dibawa melawat ke beberapa perpustakaan cawangan dan desa iaitu Paju Book City, Neutinamu
    Library, Gyeongbokgung Palace Library, Nowon Library, Seoul Metropolitan Library, Digital Library dan perpustakaan
    kanak-kanak di Nami Island.

    Selain  daripada melawat perpustakaan,  para  peserta juga dibawa melawat beberapa tempat menarik di Korea
    seperti Nami Island, Korean Cuisine Cultural Center, Gyeongbokgung Palace dan Lotte World Tower. Setiap peserta
    negara dikehendaki membuat persembahan kebudayaan negara masing-masing pada hari akhir program. Majlis
    penyampaian sijil  kepada  peserta  disampaikan  oleh  Madam Yeo  Weesook,  Ketua  Pengarah,  National  Library  for
    Children and Young Adults of Korea.
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17