Page 17 - Salam Julai - Dis 2016
P. 17
INFO RANGKAIAN PERPUSTAKAAN
SEMARAK MERDEKA PERPUSTAKAAN
DESA Dl DAERAH KUALA TERENGGANU
Bersempena meraikan sambutan hari kemerdekaan negara pada tanggal31 Ogos 2016, enam buah
perpustakaan desa di Daerah Kuala Terengganu telah mengadakan aktiviti secara serentak pada 27 Ogos
2016. Program yang dinamakan Semarak Merdeka Perpustakaan Desa ini telah menghimpunkan seramai 100
orang bilangan peserta di enam buah perpustakaan iaitu Perpustakaan Desa Kampung Kesom, Perpustakaan
Desa Wakaf Tengah, Perpustakaan Desa Yayasan Pembangunan Keluarga Chendering, Perpustakaan Desa
Jeram Tepoh, Perpustakaan Desa Atas Tol dan Perpustakaan Desa Seberang Takir.Antara aktiviti yang
dijalankan adalah Melakar Logo dan Jalur Gemilang, Kreatif dan Mewarna Jalur Gemilang, Kolaj Timbul Sehati
Sejiwa, Pertandingan Mewarna Poster. Pertandingan Reka Cipta Jalur Gemilang dan Pertandingan Melukis
Tokoh.
Ke semua aktiviti yang diadakan
ini bertujuan bagi
menyemarakkan lagi semangat
patriotik di kalangan komuniti
setempat dan menanam sikap
cintakan negara. Kesemua aktiviti
berkenaan dikendalikan
sepenuhnya oleh petugas
perpustakaan desa tersebut.
PROGRAM EKSPLORASI MERDEKA "SEHATI SEJIWA"
Program EKSPLORASI MERDEKA "SEHATI SEJIWA" berlangsung pada 6 September 2016, bertempat di Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Nilam, Kuala Terengganu yang melibatkan seramai 50 orang pelajar. Program
pendidikan aktiviti luar bilik darjah ini diadakan adalah untuk memperkasakan lagi pengetahuan pelajar tentang
sejarah kemerdekaan Malaysia. Selain itu juga bertujuan untuk menerapkan semangat patriotisme dalam
kalangan pelajar sekolah serta untuk meningkatkan semangat kerjasama dalam pasukan.
Program ini diselitkan dengan aktiviti-aktiviti yang memerlukan peserta menggunakan daya pemikiran kreatif dan
produktif. Program yang berbentuk ekplorasi ini dibahagikan kepada sepuluh ( 1 0) kumpulan kecil yang melibatkan
lima (5) orang ahli bagi setiap kumpulan. Beberapa klu pergerakan diberi kepada setiap kumpulan yang
mempunyai tugasan tertentu. Antara nama klu pergerakan tersebut adalah Putaran Merdeka, Permata Negara,
Mana Bendera Aku?, Lagu Berangkai, Lidah Terbelit dan Permainan Tradisional. Setiap kumpulan perlu membawa
bendera bagi mempamerkan semangat patriotik di kalangan para peserta. Majlis penutup telah disempurnakan
oleh Puan Noor Aza binti Abd Aziz, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nilam.