Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit di PADHT

JOM BACA BERSAMA 10 MINIT.

“Jom baca bersama untuk 10 minit” telah sinonim dengan program Sambutan Hari Buku & Hak Cipta Sedunia yang bertujuan untuk memupuk minat membaca dan mendidik dalam kalangan masyarakat bagi melahirkan masyarakat berilmu dan berakhlak mulia.

 

Pada 24 April 2018 (selasa), Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan program Jom baca bersama untuk 10 minit serentak ini, yang terdiri dari pelbagai kategori peserta melibatkan kakitangan jabatan, pelajar sekolah dan pelbagai lapisan masyarakat setempat dengan jumlah peserta seramai 250 orang.

 

Sempena program ini, pelbagai aktiviti diadakan yang diantaranya ialah pertandingan mewarna kanak-kanak tadika dan pra sekolah, pertandingan jigsaw puzzle tahap 2, pertandingan gubahan tuala dewasa dan pertandingan jejak mesra komputer kalangan remaja. Pendedahan mengenai kedatangan awal Islam ke Nusantara melalui deklamasi sajak bertajuk “ Batu Bersurat’ yang disampaikan oleh Encik Mohd Sabri Bin Muda, Pegawai daripada Muzium Negeri Terengganu. Penterjamahan kembali perkataan yang terpahat di batu bersurat yang menurut beliau dari bahasa sanskrit, Hindu dan Arab ke dalam Bahasa Melayu beserta huraian .

 

Bank Rakyat Cawangan Kuala Berang turut serta dalam menjayakan program ini dengan membawa ikon tabungan kanak-kanak iaitu maskot nuri. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Hisyam Bin Talib, Penghulu Mukim Kuala Telemong yang mewakili Pegawai Daerah Hulu Terengganu.

 

IMG-20180424-WA0128 1 hari buku 2018 upp

IMG-20180424-WA0118 hari buku 2018 baca polis

IMG-20180424-WA0055 hari buku 2018 upp

 

 

Last modified on Selasa, 21 Ogos 2018 12:35
  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)
slot gacor maxwin slot gacor malam ini slot pulsa slot gacor gampang menang slot gacor slot gacor hari ini slot gacor maxwin slot gacor hari ini slot gacor hari ini