Page 24 - Salam Julai - Dis 2016
P. 24

INFO RANGKAIAN  PERPUSTAKAAN










      Program  ini  diadakan sempena  Bulan  Bahasa  Kebangsaan
      bertujuan  untuk  memupuk  budaya  suka  membaca  dan
      berkunjung ke perpustakaan dalam kalangan kanak-kanak.
      Selain  itu,  program  ini  juga  mampu  merangsang  kreativiti
      dan  minot  membaca  dalam  kalangan  kanak-kanak
      disamping  dapat menjadikan minda kanak-kanak  berfikiran
      lebih  kreatif  dan  terus  cemerlang  pada  masa  hadapan.
      Program  ini  dinamakan  Read  And  Fun  dan  telah
      berlangsung di Perpustakaan Desa Wakaf Tengah pada  22
      Oktober  bermula  jam  10.00  pagi  hingga  1 .00  tengahari.
      Antara aktiviti yang dijalankan adalah Sesi  Bercerita  (Magic
      Stories  Show)  dan Membuat kraf  (Paper Craft) . Program  ini
      dikendalikan  oleh  duo  orang  pelatih  Universiti  Teknologi
      MARA iaitu Cik Afizah  binti Ibrahim dan Cik Nur Fatihah binti
      Mohd Amran.






      PROGRAM  H~R·I

      Perbadanan  Perpustakaan  Awam  Terengganu  melalui
      perkhidmatan  Perpustakaan  Bergerak telah  dijemput untuk
      mengadakan  pameran sempena  Program  Hari  Pelanggan
      Bersama Komuniti DUN  Batu Buruk pada 26  November 2016.
      Program  anjuran  Penyelaras  DUN       Batu  Buruk  yang
      berla111gsung  di Sekolah  Kebangsaan Seri  Budiman  1,  Kuala
      Terengganu ini telah menghimpunkan pelbagai agensi yang
      turut serta  memeriahkan program ini  dengan mengadakan
      pameran  dan  jualan.  Pelbagai  aktiviti  sampingan  turut
      diadakan     dan   mendapat      sambutan     yang    amat
      mengalakkan dari komuniti setempat. Antara aktiviti tersebut
      adalah    aktiviti   mewarna,   pertandingan     dam    aji,
      pertandingan  gubahan  tuala,  pertandingan  bola  sepak,
      pertandingan bola jaring dan cabutan bertuah. Disamping
      itu,  satu  sumbangan  berbentuk  keperluan  asas  seperti
      barangan  dapur juga  telah  diagihkan.  Program  ini  telah
      dirasmikan  oleh  Puan  Rozalina  binti  Mokhtar,  Pegawai
      Pembangunan  Parlimen  Kuala  Terengganu  yang  mewakili
      Dato Haji Mohd Sabri bin Alwi,  Ketua Bahagian UMNO Kuala
      Terengganu.
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29