Page 25 - Salam Julai - Dis 2016
P. 25

INFO RANGKAIAN  PERPUSTAKAAN









                    "BERBULAT HATI,  BERTEKAD AZAM"






      Penganjuran  program  ini  bertujuan  untuk  memupuk  omolon  kerjasama  berpasukan  dan  tolong  menolong
      antara satu  soma  lain.  Semangat kerja  berpasukan  perlu  diterapkan dalam diri  kanak-kanak supaya  mereka
      lebih bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Program ini merupakan program kerjasama
      antara Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dan Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot, Batu Rakit.
      Seramai 30 orang peserta berumur 12 tahun telah terlibat dalam program ini.  Program yang berbentuk "indoor
      game" ini  meliputi beberapa segmen iaitu Slot  1 Di  mana Wonderpets. Slot ini  lebih  kepada sesi  pengenalan
      atau 'ice breaking' bagi tujuan pembahagian beberapa kumpulan kecil.

      Slot 2 ialah Radio Buruk. Fasilitator menyediakan teks ringkas dan diberikan kepada wakil setiap kumpulan. Ketua
      kumpulan hendaklah menghafal teks tersebut dan memberitahu kepada ahli kumpulan yang lain. Ahli kumpulan
      yang terakhir akan menterjemah teks tersebut dalam bentuk perkataan yang dihafal.

      Slot 3 ialah Kandang Pak Belong. Mereka dikehendaki mengoyak akhbar tersebut menggunakan tangan tanpa
      putus untuk dijadikan kandang. Kemudian setiap ahli kumpulan perlu melalui keratan akhbar berkenaan.


      Slot 4 ialah Si  Bisu.  Setiap wakil kumpulan akan mengambil secara rawak kertas yang mengandungi perkataan
      simpulan  bahasa.  Peserta  melakonkan  watak  mengikut  simpulan  bahasa  tersebut  tanpa  bersuara.  Ahli
      kumpulan akan meneka dan menjawab lakonan yang dilakonkan dengan pantas dan tepat.  Bagi slot terakhir
      pula  adalah  Roller  Coster.  Pelajar  hendaklah  menyambung  akhbar tersebut  menjadi  satu  bulatan.  Mereka
      hendaklah memijak akhbar dan berjalan di atasnya.


      Program  ini  dikendalikan  oleh  duo  orang  pelatih  daripada  Universiti  Teknologi  Mara  (UiTM)  Kampus  Puncak
      Perdana iaitu Cik Afizah  binti Ibrahim dan Cik Nur Fatihah  binti Mohd Amran serta  dibantu oleh duo  (2)  orang
      kakitangan PPAT iaitu Puan Juliana binti Abd Shamad dan Puan Salina binti Sahak.
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30