Page 30 - Salam Julai - Dis 2016
P. 30

INFO KELAB  & SUKAN


















      Satu  majlis  kenang-kenangan  antara  warga  kerja  PPAT  dan  Pengarah  Perbadanan  Perpustakaan  Awam
      Terengganu, Dato' Hajah Nor Akmal binti Abd. Fatah telah diadakan pada 30 November 2016. Majlis yang diberi
      nama "Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi" ini bertempat di Dewan Serbaguna, Perpustakaan Awam Negeri
      Terengganu bagi meraikan persaraan Dato' Pengarah yang akan bersara wajib di usia 60 tahun pada 1 Disember
      2016.  Majlis  ini  menghimpunkan  seluruh  warga  kerja  PPAT  dari  daerah,  pekan  dan  desa  ini  merupakan
      perhimpunan terakhir bersama Dato' Pengarah yang telah menerajui PPAT selama 11  tahun. Pelbagai jasa, bakti
      dan pengorbanan telah dicurahkan oleh Dato' Hajah Nor Akmal binti Abdul Fatah sepanjang beliau memulakan
      tugas  di  PPAT  bagi  memperluaskan  perkembangan  ilmu  dan  memperkenalkan  perpustakaan  di  mota
      masyarakat. Majlis  yang  diadakan ini  juga  bertujuan  untuk mengeratkan  hubungan  silaturahim  antara warga
      kerja PPAT serta mendengar taklimat terakhir daripada Dato ' Hajah Nor Akmal binti Abdul Fatah. Majlis dimulakan
      dengan  sesi  bergambar  seluruh  warga  PPAT  bersama dengan Dato'  Pengarah  dan  perarakan masuk Dato'
      Pengarah diiringi oleh seluruh warga kerja PPAT ke dalam Dewan Serbaguna PPAT.

      Majlis  diteruskan  dengan  ceramah  mengenai  "lntregriti  Dalam  Kerja"  yang  disampaikan  oleh  penceramah
      jemputan iaitu  Yang  Berbahagia Tuan  Haji  Suhaimi  Bin  Mohamad  AI  Bakry,  Imam  Besar  Masjid  Universiti  Sultan
      Zainal  Abidin  (UniSZA) .  Majlis  anjuran  Kelab  Perbadanan  Perpustakaan  Awam  Terengganu  ini  diserikan  lagi
      dengan duo ucapan daripada Pengerusi Kelab PERPAT iaitu Encik Muhamed Sanari bin Ali dan wakil warga kerja
      PPAT iaitu Cik Khomzah binti Sheik Ahmad, Pustakawan Kanan.


      Sedikit maklumat atau biodata mengenai Dato' Pengarah. Yang Berbahagia Dato' Hajah Nor Akmal binti Abdul
      Fatah  adalah  anak  kelahiran  Kampung  Kesom,  Manir,  Kuala  Terengganu  yang  dilahirkan  pada  tanggal  1
      Disember 1956. Beliau mendapat pendidikan awol di Sekolah Kebangsaan Kesom, Kuala Terengganu dan Sekolah
      Kebangsaan  Kuala  Telemong,  Hulu  Terengganu  serta  Sekolah  Menengah  Tengku  Bariah,  Kuala  Terengganu.
      Beliau  seterusnya  memasuki  Kolej  Tunku  Kurshiah,  Seremban  dan  kemudian  menyambung  pengajian  di  luar
      Negara iaitu di Chelsea College, University of London,  England.  Beliau adalah merupakan graduan B.Sc  (Hons),
      University of London, United Kingdom.  Y.Bbhg. Dato' mula dilantik dalam perkhidmatan awam pada 2 Jun  1981
      dan  ditempatkan  di  Pejabat  Setiausaha  Kerajaan  Negeri  Terengganu  (Bahagian  Protokol).  Kemudian  beliau
      ditempatkan di pelbagai jabatan sehinggalah pada tanggal 1 Disember 2005 beliau dilantik sebagai Pengarah di
      Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT)  sehingga sekarang.


      Sejak beliau mentadbir PPAT,  banyak perubahan telah dibuat dan pelbagai kejayaan telah dicapai antaranya
      persijilan MS ISO 9001 : 2008, Quality Environment (5S), penarafan 5 bintang untuk audit lndeks Akauntabiliti (lA) dan
      juga penarafan 5 bintang untuk Iaman sesawang rasmi PPAT.  Beliau merupakan seorang Pengarah yang berjiwa
      besar dan bercita-cita tinggi.  Beliau sangat disenangi serta  dihormati oleh semua warga kerja  PPAT  atas dasar
      kredibiliti dan kualiti kepimpinan dalam menerajui organisasi serta  kejayaan meletakkan PPAT  pada satu tahap
      pencapaian yang sangat membanggakan. Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah mendapat Anugerah
      Perkhidmatan Cemerlang  (A PC)  Peringkat Jabatan pad a  to hun  1991,  1993,  1999  dan 2007.  Pad a  to hun  2015,
      beliau telah dipilih sebagai penerima APC  Peringkat Negeri Terengganu. Setelah 36  tahun mengerah keringat
      mencurah bakti,  akhirnya  beliau  menamatkan sebuah  perjalanan yang  panjang  dalam perkhidmatan awam
      dengan persaraan wajib pada 1 Disember 2016 pada usia 60 tahun.
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35