Page 28 - Salam Julai - Dis 2016
P. 28

INFO RANGKAIAN  PERPUSTAKAAN


     PROGRAM JOM KEMBALI  KE  SEKOLAH  PERINGKAT DUN SEBERANG TAKIR



     Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu melalui Unit Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak telah dijemput
     untuk menyertai Program Jom Kembali Ke Sekolah 2016 peringkat DUN Seberang Takir pad a 31  Disember 2016.
     Program yang merupakan penutup bagi tahun 2016 diadakan di Dataran Permata bermula pada jam 8.00 pagi
     dan  berakhir  pada jam  4.00  petang.  Bagi  perkhidmatan  perpustakaan  bergerak,  pendaftaran  turut  dibuka
     kepada  pengunjung  yang  hadir.  Dalam  masa  yang  soma,  ahli  perpustakaan  yang  telah  menjadi  ahli  di
     Perpustakaan Awam Negeri turut mengambil kesempatan meminjam pelbagai bahan bacaan di dalam bas
     tersebut.  Yang  Amat  Berhormat  Datuk Seri  Ahmad  Razif  bin  Abdul  Rahman,  Menteri  Besar Terengganu  turut
     mengambil  kesempatan  membuat lawatan  dan  meninjau  kemudahan  yang  disediakan  oleh  Perkhidmatan
     Perpustakaan Bergerak.


























      BENGKEL BERCERITA DAN AKTIVITI  KANAK-KANAK

      Bahagian Rangkaian Perpustakaan telah menganjurkan bengkel yang dinamakan Bengkel Bercerita dan Aktiviti
      Kanak-kanak  2016  pada  20  Disember  2016.  Program  ini  diadakan  bagi  memberi  pendedahan  kepada
      kakitangan perpustakaan desa  berkaitan dengan teknik-teknik bercerita dan aktiviti galakan membaca bagi
      menarik  minot  pengunjung  ke  perpustakaan.  Program  ini  telah  melibatkan  seramai  16  orang  kakitangan
      daripada Perpustakaan  Desa  Negeri dan  Perpustakaan  Desa  Perpustakaan  Negara Malaysia.  Program yang
      berlangsung selama satu hari ini telah dikendalikan oleh Puan Norrinal binti Othman, Pembantu Pustakawan di
      Bahagian  Rangkaian  Perpustakaan.  Perbagai  kaedah  dan  pengajaran  telah  diberikan  kepada  peserta  dan
      dibahagikan kepada beberapa segmen. Antara segmen tersebut adalah Membuat Penanda Buku,  Membuat
      Ulat Bulu, Kraftangan Mudah, English Corner dan Latihan Dalam Kumpulan.
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33