Page 36 - Salam Julai - Dis 2016
P. 36

INFO AKTIVITI



     PROGRAM PENGEMBARAAN ILMU  GENERASI- Y



     PPAT telah mengadakan Program Pengembaraan llmu  Generasi-Y sempena Sambutan aulidur Rasul  pada 11
     Disember  2016  pada jam 9 pagi hingga  1.30  petang bertempat di  Lobi  PPAT.  Tujuan  program ini  diadakan
     adalah untuk menarik minot pengguna perpustakaan dalam mempersiapkan diri mereka ke arah peningkatan
     ilmu lebih tinggi dengan mengadaptasi penggunaan perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan. Melalui
     program ini  pengguna  diperkenalkan dengan perkhidmatan Samsung  Smart  Library  dan Portal  Perpustakaan
     Negara Malaysia www.pnmdigital.gov.my sebagai alat untuk mengakses maklumat. Program ini  dikendalikan
     oleh pelajar Praktikal UiTM seramai 5 orang. Peserta  telah didedahkan dengan kaedah pencarian bahan melalui
     Opac, Portal PPAT dan juga Portal PNM. Seramai 30 orang peserta berumur 13-18 tahun telah menyertai program
     ini.  Peserta  diberi soalan  kuiz  berkaitan  dengan  pencarian  bahan-bahan ini.  Hadiah  untuk pemenang  telah
     disampaikan  oleh  Ketua  Bahagian  Perkhidmatan  Perpustakaan  dan Maklumat iaitu  Encik  Kamarulzaman  bin
     Mahmood.
































      PERTANDINGAN MENYUSUN JIGSAW PUZZLE




      PPAT    telah   mengadakan      Sesi   Pertandingan
      Menyusun  "Jigsaw  Puzzle"  pada  11  Disember  2016
      pada jam  10  pagi hingga  12 tengah hari bertempat
      di  Bilik  Aktiviti  Kanak-Kanak.  Peserta  yang  terdiri
      daripada  kanak-kanak  diberi  "Jigsaw"  dan  diberi
      masa untuk menyusun mengikut susunan  yang betul
      berdasarkan  gambar  yang  diberi.  Peserta  yang
      dapat  menyiapkan  tugasan  paling  awol  dikira
      sebagai  pemenang.  Seramai  3  orang  pemenang
      telah  diberi  cenderamata.  Aktiviti  ini  telah  disertai
      oleh  kanak-kanak  berumur  dari  5  hingga  12  tahun
      seramai  10 orang dan dikendalikan oleh Puan Hajah
      Sabariah binti Awang.
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41