Page 40 - Salam Julai - Dis 2016
P. 40
INFO JASAMU DIKENANG
Cik Aminah binti Ali dilahirkan pada 2 November 1956 di Kuala Terengganu. Beliau
mendapat pendidikan awol di Sekolah Rendah Pasir Mas, Kelantan dan pendidikan
menengah di Sekolah Menengah Zainab, Kota Bharu, Kelantan (SPM) serta Maktab
Sultan Ismail. Kota Bharu, Kelantan (STPM) . Kemudian beliau menyambung pengajian di
Universiti Teknologi MARA (dulu dikenali sebagai lnstitut Teknologi MARA) pada tahun
1977-1980.
Beliau mula dilantik sebagai Penolong Pegawai Perpustakaan pada 2 Disember 1980
dan diberi Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) ke skim Pegawai Perpustakaan
pada 1 Januari 1986. Pada 1 November 2002, Jawatankuasa Pelantikan dan Naik
Pangkat telah meluluskan pelantikan beliau ke jawatan Pustakawan Gred S41 .
Kemudian pada 23 April 2006, beliau telah dinaikkan pangkat ke Gred S44 dan sekali lagi
dinaikkan pangkat ke Gred S48 pada 1 Mei 2008.
Cik Aminah adalah seorang pegawai yang sangat berdedikasi dan sentiasa komited
terhadap tugas yang diamanahkan. Beliau mempunyai pengetahuan dan
pengalaman yang luas dalam bidang kepustakawanan. Beliau adalah seorang
pegawai yang tegas ketika bekerja namun berfikiran terbuka dan boleh dibawa
berbincang. Pada tahun 2005, beliau telah diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
(APC) peringkat jabatan. Manakala pada tahun 2007, beliau telah dipilih sebagai
penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) peringkat Negeri Terengganu di
atas kecemerlangan prestasi yang ditunjukkan.
Setelah berkhidmat selama 36 tahun, beliau akan bersara wajib pada 2 November 2016.
Puan Hajah Rohayah binti Yahya telah dilahirkan pada 5 Ogos 1956 di Besut,
Terengganu. Beliau mendapat pendidikan awol di Sekolah Rendah Tengku Mahmood,
Besut dan Sekolah Menengah Tengku Mahmood, Besut di peringkat SPM serta Sekolah
Menengah Sultan Sulaiman di peringkat STPM. Kemudian beliau menyambung
pengajian di Universiti Teknologi MARA (dulu dikenali sebagai lnstitut Teknologi MARA)
pada tahun 1977- 1980.
Beliau mula dilantik sebagai Penolong Pegawai Perpustakaan pada 15 Januari 1981.
Pada 1 Februari 1986, beliau telah diberi Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) ke
jawatan Pegawai Perpustakaan. Jawatankuasa Pelantikan dan Naik Pangkat telah
bersetuju melantik beliau sebagai Pustakawan Gred S41 pada 1 November 2002.
Kemudian beliau telah dinaikkan pangkat ke Gred S44 pada 1 Mei 2008 dan sekali lagi
kenaikan ke Gred S48 pada 1 April2015.
Puan Hajah Rohayah adalah merupakan seorang pegawai yang cukup disegani dan
dihormati oleh semua warga kerja PPAT. Kepetahan dalam berbicara dan idea-idea
kreatif daripada beliau telah banyak membantu PPAT menjadi sebuah organisasi yang
hebat. Pengalaman luas dan kualiti kepimpinan yang dimiliki melayakkan beliau diberi
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) peringkat jabatan pada tahun 2007 dan
juga merupakan penerima APC peringkat Negeri Terengganu pada tahun 2013.
Setelah berkhidmat selama 36 tahun, beliau mengambil keputusan untuk bersara
pilihan pada 1 Julai 2016.
Puan Hajah Azmah binti Khalid dilahirkan pada 31 Januari 1957 di Kampung Jabos,
Chukai. Kemaman. Beliau mendapat pendidikan awol di Sekolah Kebangsaan Pusat,
Kemaman dan peringkat menengah di Sekolah Menengah Chukai. Kemaman.
Beliau mula dilantik sebagai Pembantu Perpustakaan pada 1 November 1978. Beliau
dinaikkan pangkat ke Gred S22 pada 1 Mei 2008 dan kemudian sekali lagi dinaikkan
pangkat ke Gred S26 pada 1 Ogos 2011 .
Beliau yang kini menetap di Kampung Gelugor Kedai. Kuala Terengganu adalah
seorang kakitangan yang sangat mesra dan disenangi oleh semua kakitangan PPAT.
Pengalaman yang luas dalam bidang perpustakaan menjadikan beliau sebagai
mentor kepada kakitangan baharu. Kualiti yang dimiliki melayakkan beliau diberi
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) peringkat jabatan pada tahun 2007.
Setelah menabur bakti dalam perkhidmatan awam selama 39 tahun,
bersara wajib pada tanggal31 Januari 2017.