Page 39 - Salam Julai - Dis 2016
P. 39

INFO JASAMU  DIKENANG










































       [prn~~£~~ [Q)£lf@ [}{]£JJ£[}{]  ~@~ £~[l mlY

      £[;)[Q)QD[l [?£lf£[}{]



      Y.  Bhg.  Dato'  Hajah  Nor  Akmal  binti  Abdul  Fatah  adalah  anak  kelahiran  Kampung  Kesom,  Manir,  Kuala
      Terengganu  yang  dilahirkan  pada  tanggal  1 Disember  1956.  Beliau  mendapat  pendidikan  awol  di  Sekolah
      Kebangsaan  Kesom,  Kuala  Terengganu  dan  Sekolah  Kebangsaan  Kuala  Telemong,  Hulu  Terengganu  serta
      Sekolah  Menengah  Tengku  Bariah,  Kuala  Terengganu.  Beliau  seterusnya  memasuki  Kolej  tunku  Kurshiah,
      Seremban dan kemudian menyambung pengajian di luar Negara iaitu di Chelsea College, University of London,
      England. Beliau adalah merupakan graduan B.Sc  (Hons),  University of London, United Kingdom.

      Y,  Bhg. Dato' mula dilantik dalam perkhidmatan awam pada 2 Jun 1981  dan ditempatkan di Pejabat Setiausaha
      Kerajaan Negeri Terengganu (Bahagian Protokol) . Kemudian beliau ditempatkan bertugas di pelbagai jabatan
      sehinggalah  pada  1 Disember  2005  beliau  dilantik  sebagai  Pengarah  di  Perbadanan  Perpustakaan  Awam
      Terengganu (PPAT)  sehingga sekarang.

      Sejak beliau mentadbir PPAT,  banyak perubahan telah dibuat dan pelbagai kejayaan telah dicapai antaranya
      persijilan  MS  ISO  9001:2008,  Quality Environment  (5S) , penarafan 5 bintang untuk audit lndeks Akauntabiliti  (lA)
      dan juga penarafan 5 bintang untuk Iaman sesawang rasmi PPAT.

      Beliau  adalah  merupakan  seorang  Pengarah  yang  berjiwa  besar  dan  bercita-cita  tinggi.  Beliau  sangat
      disenangi  serta  dihormati  oleh  semua  warga  kerja  PPAT  atas  dasar  kredibiliti  dan  kualiti  kepimpinan  dalam
      menerajui  organisasi  serta  kejayaan  meletakkan  PPAT  pada  satu  tahap  pencapaian  yang  sangat
      membanggakan.

      Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat
      Jabatan pad a  to hun  1991,  1993,  1999 dan 2007. Pad a  tahun 2015,  beliau telah dipilih sebagai penerima APC
      Peringkat Negeri Terengganu.

      Setelah  36  tahun  mengerah keringat  menabur bakti,  akhirnya  beliau  menamatkan  sebuah  perjalanan  yang
      panjang dalam perkhidmatan awam dengan persaraan wajib pada 1 Disember 2016 di usia 60 tahun.
   34   35   36   37   38   39   40   41   42