Pengenalan PERPAT

Sejarah PERPAT

Sejarah PERPAT

 

Kelab Sukan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PERPAT) telah didaftarkan secara rasmi sebagai pertubuhan berdaftar di bawah naungan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) dan Pegawai Perpustakaan Negeri (Pengarah) selaku Penasihat sebagai suatu pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran 953/93 (TERENGGANU) pada 9 Mac 1993.

Kelab Sukan PERPAT diterajui oleh jawatankuasa Tertinggi iaitu Pengerusi, TimbalanPengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari dan beberapa orang ahli jawatankuasa. Ahli Kelab Sukan PERPAT terdiri daripada semua kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu. Semua ahli dikenakan yuran melalui potongan gaji mengikut kadar yang diluluskan dalam perlembagaan PERPAT.

Penubuhan Kelab adalah bertujuan untuk memberi kemudahan bersukan dan beriadah kepada ahli melalui penganjuran pertandingan sukan di antara ahli kelab, pertubuhan-pertubuhan sukan, jabatan-jabatan kerajaan dan swasta. Disamping itu, Kelab ini juga berperanan di dalam menjaga kebajikan ahli terutamanya serta membantu dalam memberikan sumbangan kewangan kepada ahli dan keluarga yang cemerlang dalam akademik, berkahwin, kelahiran anak, bersara ,masuk wad, ziarah sakit, berlaku kematian, bencana alam dan lain-lain.

 

BeberapaJawatankuasa Kecil / Biro diwujudkan di dalam kelab ini bagi menggerakkan aktiviti-aktiviti kelab;

  •             Biro Sukan, Rekreasi dan Kesenian
  •             Biro Agama, Kebajikan dan Masyarakat
  •             Biro Ekonomi, Kerjayadan Pendidikan
  •             Biro Publisiti dan Penerbitan

Moto

MOTO

 

Moto Kelab Sukan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu ialah ''BERSATU MENUJU JAYA''.


Moto yang terkandung di dalam riben kuning menggambarkan semua kegiatan kesukanan dan kebajikan akan dapat dicapai dengan adanya sikap bersatu hati dalam apa jua tindakan dan perkara. Sikap inilah yang akan cuba diterapkan dalam kalangan ahli melalui penubuhan Kelab tersebut.

Tujuan dan Kegiatan

TUJUAN DAN KEGIATAN

 

 

  1. Mengeratkan perhubungan muhibah dan bersatu padu dalam kalangan ahli Kelab di semua peringkat perkhidmatan melalui aktiviti sukan dan kebajikan.

  2. Menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Kelab menerusi program-program kemajuan diri, ceramah-ceramah, bengkel-bengkel, seminar-seminar dan kursus.

  3. Menggalakkan dan melibatkan ahli-ahli Kelab dalam kerja-kerja amal bagi faedah ahli, keluarga serta masyarakat.

  4. Aktif mengambil bahagian dalam kegiatan sukan, kebudayaan dan sosial yang dianjurkan oleh Kerajaan atau lain-lain Kelab atau Pertubuhan yang berdaftar demi kebaikan Kelab.

  5. Mewujudkan hubungan yang erat dengan mana-mana Persatuan / Kelab yang berdaftar di negara ini bagi memupuk semangat persefahaman dan menambah pengetahuan mengenai perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada Kelab.

  6. Mengadakan program lawatan dua hala dengan mana-mana Persatuan / Kelab yang berdaftar di dalam negeri bagi bertukar-tukar pandangan dan saling bekerjasama dalam rancangan-rancangan yang sedang dan akan dijalankan dalam konteks pembangunan sosial-ekonomi negara khususnya dalam bidang Perpustakaan.

  7. Memelihara kepentingan dan kejayaan ahli-ahli Kelab serta mengadakan lain-lain kegiatan yang sesuai dengan objektif Kelab yang tidak menyalahi undang-undang negara.
KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)
slot gacor maxwin slot gacor malam ini slot pulsa slot gacor gampang menang slot gacor slot gacor hari ini slot gacor maxwin slot gacor hari ini slot gacor hari ini