Print this page
Ahad, 04 Mei 2025 16:42

Majlis Perjumpaan dan Ramah Mesra Bersama Kakitangan PPAT 2025

Written by 
Rate this item
(0 votes)
Majlis Perjumpaan dan Ramah Mesra bersama kakitangan PPAT 2025 telah berlangsung pada 29 April 2025, Selasa di Dewan Serbaguna PPAT. Majlis yang diadakan ini sebagai tanda menghargai dan meraikan Pengarah PPAT, Puan Norliza binti Ismail yang akan bertukar ke Unit Pengurusan Maklumat Negeri (UPMN), Pejabat SUK Terengganu berkuatkuasa 4 Mei 2025.
Dalam ucapannya, Puan Pengarah menzahirkan rasa syukur atas kepercayaan yang diberikan sepanjang beliau memimpin PPAT. Beliau turut mengucapkan terima kasih di atas kerjasama erat yang diterima daripada seluruh warga kerja serta mendoakan kejayaan organisasi pada masa hadapan.
Terima kasih atas segala jasa dan kepimpinan yang telah dicurahkan. Selamat maju jaya di masa hadapan Puan Pengarah.
Jasamu tetap dikenang.
 
temumesra2025-d
temumesra2025-a
temumesra2025-c
temumesra2025-b
Read 1042 times Last modified on Ahad, 23 Ogos 2026 17:01
faizu

Latest from faizu