PPAT Erat Hubungan Bersama Komuniti Kuala Jengal

Dungun, 3 September 2026- Program Jalinan Kasih Tautan Budi (JKTB) Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) menjadi wadah dalam mengeratkan hubungan silaturahim, menyemai semangat kepedulian serta memperkukuh kebersamaan bersama masyarakat setempat di Kampung Kuala Jengal, Dungun.


Program yang berlangsung selama tiga hari, bermula 1 hingga 3 September 2026 ini merupakan sebahagian daripada Program Jejak Warisan dan Jalinan Kasih Tautan Budi Bersama Kelab Riders PPAT 2026.
Lebih menceriakan suasana, pelbagai aktiviti dan pertandingan santai turut diadakan yang melibatkan warga PPAT serta komuniti setempat. Antaranya Pertandingan Chopstick Kacang, Musang Berjanggut, Kupas Bawang, Cabaran Menara Cawan, Tarik Tali, Memasak Kerabu Pucuk Paku, Membawa Bola Ping Pong Dalam Sudu, Musical Chair, Membawa Bola Menggunakan Gelung serta Bowling Nyior.


Pelbagai gelagat mencuit hati, sorakan dan semangat kesukanan mewarnai setiap pertandingan, sekali gus menjadikan program ini lebih meriah dan meninggalkan kenangan manis kepada para peserta. Aktiviti yang dianjurkan bukan sahaja mencetuskan suasana ceria, malah menjadi medium untuk mengeratkan ukhuwah, memupuk kerjasama dan menggalakkan interaksi mesra antara warga PPAT dengan komuniti setempat.
Kemuncak program turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan yang telah disampaikan oleh Puan Nuzulnisa binti Barudin @ Kamarudin, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu sebagai tanda penghargaan atas penyertaan, semangat kesukanan dan komitmen semua peserta.


Penganjuran program ini mencerminkan komitmen PPAT dalam memperkukuh hubungan dengan masyarakat melalui pendekatan yang lebih dekat, santai dan mesra. Ia turut memberi ruang kepada warga PPAT untuk berkongsi pengalaman, berinteraksi serta membina hubungan yang lebih erat bersama komuniti setempat.


Selain menggalakkan semangat kebersamaan, program ini membawa mesej bahawa hubungan antara organisasi dan masyarakat perlu terus dipupuk melalui aktiviti yang berteraskan nilai kasih sayang, kerjasama dan saling menghargai.
PPAT berharap jalinan yang terbina melalui program ini dapat terus diperkukuh dan diteruskan secara berkesinambungan demi mewujudkan hubungan yang lebih erat antara PPAT dan komuniti setempat.

jktb 2026-1

jktb 2026-1

jktb 2026-1

jktb 2026-1

jktb 2026-1

jktb 2026-1

jktb 2026-1

jktb 2026-1

jktb 2026-1

jktb 2026-1

jktb 2026-1

jktb 2026-1

jktb 2026-1

jktb 2026-1

jktb 2026-1

jktb 2026-1

jktb 2026-1

jktb 2026-1

jktb 2026-1

jktb 2026-1

jktb 2026-1

jktb 2026-1

Last modified on Selasa, 15 September 2026 17:29
  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO