Pendaftaran Ahli
Pendaftaran Ahli
• Pendaftaran keahlian terbuka kepada semua yang bermastautin di Negeri Terengganu.
• Pendaftaran Keahlian terbahagi kepada 4 kategori iaitu :-
- Kategori Ahli Kanak-Kanak ( 3 hingga 12 tahun )
- Kategori Dewasa ( 13 tahun ke atas )
- Kategori Ahli Pascasiswazah ( Pelajar Master dan Ph. D
- Kategori Berkelompok (Agensi / Sekolah )
• Pendaftaran boleh dibuat di Kaunter Pendaftaran / Kaunter Utama yang terletak di aras bawah atau secara atas talian di https://wilmu.trglib.gov.my/equip-trglib
Syarat dan peraturan menjadi ahli
• Mengisi Borang Pendaftaran Keahlian dengan maklumat yang tepat dan jelas.
• Pendaftaran kategori Ahli Kanak-kanak dan Ahli Berkelompok diberikan kad ILMU dan dikenakan kos pemprosesan sebanyak RM2.00
• Pendaftaran bagi kategori Ahli Dewasa dan Ahli Pascasiswazah adalah PERCUMA menggunakan Mykad.
• Permohonan yang diproses akan siap SEGERA.
• Pastikan semua butiran yang tercatat pada kad ILMU adalah betul sewaktu menerima kad tersebut
• Tempoh sah keahlian selama 3 tahun dan boleh diperbaharui secara PERCUMA setelah tamat tempoh.
• Permohonan menggantikan kad ILMU yang hilang/rosak akan dikenakan bayaran RM3.00.
• Kad ILMU tidak boleh dipindah milik