Bahagian Kanak-Kanak

Pinjaman Kanak-kanak

Perkhidmatan Pinjaman Kanak Kanak

Perkhidmatan ini dikhaskan untuk pengguna kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Terdapat 2 koleksi pinjaman kanak-kanak iaitu :

 

  • Koleksi Pra Sekolah

Terdiri daripada buku untuk bacaan kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah. Koleksi awalan bagi buku-buku ini adalah ‘P’ dan boleh dipinjam.

 

  • Koleksi kanak-kanak

Terdiri daripada buku-buku fiksyen dan bukan fiksyen dalam pelbagai bidang. Koleksi awalan bagi buku-buku ini adalah ‘K’ dan boleh dipinjam.

 

Peraturan Pinjaman:

  • Kanak-kanak perlu mendaftar sebagai ahli dan mempunyai kad ILMU.
  • Pastikan buku yang hendak dipinjam dalam keadaan baik.
  • Buku yang dipinjam hendaklah melalui proses pinjaman yang sah di kaunter Sirkulasi atau melalui Sistem Pinjaman /Pemulangan layan diri
  • (SelfCheck Machine).
  • Setiap ahli boleh meminjam sebanyak 4 naskhah buku untuk tempoh 14 hari.
  • Tempoh pinjaman boleh diperbaharui satu kali sahaja selama 14 hari lagi.
  • Setiap ahli perlu bertanggungjawab ke atas buku yang dipinjam
  • Buku-buku yang telah dipinjam hendaklah di pulangkan ke Kaunter Sirkulasi atau melalui Sistem Pinjaman / Pemulangan layan diri
  • (SelfCheck Machine) pada atau sebelum tarikh yang telah ditetapkan
  • Buku-buku yang lewat dipulangkan akan dikenakan denda sejumlah RM0.20 sehari bagi setiap hari perpustakaan dibuka.
  • Buku-buku pinjaman yang hilang atau rosak akan dikenakan bayaran ganti rugi.

 

Rujukan Kanak-kanak

Perkhidmatan Rujukan Kanak- Kanak

  • Koleksi ini meliputi semua bidang perkara dan sesuai untuk pengetahuan kanak-kanak.
  • Antara koleksinya ialah buku rujukan UPSR, kamus dan ensiklopedia.
  • Koleksi awalannya adalah ‘RK’ dan tidak boleh dipinjam, hanya untuk rujukan sahaja.

 


Koleksi Majalah

Koleksi Majalah

  • Menyediakan majalah tempatan dan akhbar pendidikan.
  • Antara majalah yang disediakan adalah  Asuh, Kuntum, Anis, Dewan Pelajar, Kawan, e-baca, knowledge dan lain-lain.
  • Majalah ini hanya untuk rujukan sahaja.

 

Koleksi Permainan Dalaman

Koleksi Permainan Dalaman ( Indoor Games )

  • Menyediakan pelbagai permainan yang boleh membentuk kreativiti minda.
  • Antara permainan yang disediakan ialah catur, sahibba, dam haji, congkak, monopoli, saidina dan lain-lain.
  • Setiap pengguna yang ingin meminjam permainan ini, bolehlah memintanya daripada petugas di kaunter kanak-kanak.

 

Sudut Siber

Children Cyber Corner (3C)

  • Perkhidmatan ini menyediakan perkhidmatan Internet dan ‘Course Ware’ berbentuk pendidikan dan pembelanjaran secara interaktif,
  • Perkhidmatan Intenet di Children Cyber Corner  (3C) adalah berbayar dan disediakan untuk ahli perpustakaan sahaja
  • Setiap Pengguna dikenakan caj RM 1.00 bagi setiap jam untuk menggunakan komputer
  • Selain itu, terdapat beberapa ‘course ware’ di perkhidmatan ini, antaranya:

- Cerita pendidikan moral kanak-kanak
- Kiddie songs Do Re Mi
- Kisah Gajah
- ABC, colour, and shape

 

Bilik Aktiviti

Bilik Aktiviti Kanak-Kanak

  • Mengadakan aktiviti untuk kanak-kanak berusia antara 5-12 tahun pada setiap hari Sabtu.
  • Aktiviti  adalah seperti kuiz, sesi mewarna, uji minda, bercerita, pertunjukan boneka, tayangan video, sudut sastera dan sebagainya.
  • Kalendar Aktiviti Kanak-Kanak diedarkan di Kaunter Pendaftaran dan Kaunter Sirkulasi dari masa ke semasa.

 

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)
slot gacor maxwin slot gacor malam ini slot pulsa slot gacor gampang menang slot gacor slot gacor hari ini slot gacor maxwin slot gacor hari ini slot gacor hari ini