Arkib Berita 2019 (15)

Rabu, 18 Disember 2019 14:42

Pertandingan Mewarna Bersama McDonald's

Written by

 

Kuala Terengganu, 16 Disember 2019 - Perpustakaan Awam Negeri Terengganu telah menganjurkan Pertandingan Mewarna Bersama McDonald's yang melibatkan penyertaan seramai 67 peserta bagi keseluruhan kategori tahap satu dan tahap dua. Program ini merupakan julung kali diadakan antara pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dengan kerjasama McDonald's Kuala Terengganu. 

mewarnamcdonald1

mewarnamcdonald2

https://www.facebook.com/PPATerengganu/photos/pcb.1360857237408475/1360852930742239/?type=3&theater

Sabtu, 12 Oktober 2019 14:39

Mini Sukan PPAT Disambut Meriah

Written by

Kuala Terengganu, 12 Oktober 2019 -  Perpustakaan Awam Negeri Terengganu telah menganjurkan Mini Sukan sempena sambutan Bulan Sukan Negara. Ianya merupakan inisiatif PPAT untuk mengadakan aktiviti riadah dan kecergasan bagi pengguna dan pengunjung perpustakaan supaya sentiasa cergas dan aktif. Program ini berlangsung di perkarangan lobi perpustakaan dan mendapat sambutan yang baik oleh pengunjung-pengunjung perpustakaan yang hadir. Seramai 60 orang peserta telah terlibat dalam perbagai permainan dalaman antaranya permainan congkak, dam ular gergasi, karom, balingan kasih, lemparan gelung, futsal 2 on 2 dan free netbal.

 

minisukanppat1

minisukanppat2

minisukanppat3

Kuala Terengganu, 28 September - Persatuan Karya Neg. Terengganu (KARYA) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur telah berjaya mengadakan satu permentasan teater bertajuk Kurung Mek Wok. Persembahan yang memukau seluruh penonton yang hadir ini adalah hasil karya Haji Wan Ahmad Ismail dan diarah oleh Lelawati Awang Chik. 

kurung mek wok

Projek pementasan drama ini dalam rangka mengangkat skrip penulis ke pentas agar pemikirannya dapat dikongsikan bersama-sama dengan penonton. Pementasan ini penting sebagai kesinambungan pengembangan teater di Terengganu dan menjayakan kempen Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan (GDBK) 2019. GDBK telah diperkenalkan sebagai satu gerakan yang bersepadu dalam usaha meningkatkan kualiti dan kuantiti penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat seluruh Malaysia.

 

Khamis, 29 Ogos 2019 10:07

PPAT memperkenalkan Infaq Buku@PPAT

Written by

KUALA TERENGGANU, 29 Ogos - Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu telah melancarkan kemudahan terbaharu yang dinamakan Infaq Buku@PPAT. Kemudahan yang berkonsepkan 'Read and Share' iaitu membaca dan menyumbangkan bahan-bahan baharu dan terpakai daripada pengguna perpustakaan dan orang awam untuk dikongsikan kepada seluruh pengguna perpustakaan yang lain. Kemudahan ini turut melibatkan semua cawangan perpustakaan di Daerah sekitar negeri Terengganu. 

Orang awam boleh menyumbang apa jua jenis bahan bacaan seperti buku, majalah, komik, ensaiklopedia, kamus dan lain-lain untuk dikongsi oleh orang lain. Pengguna yang berminat boleh mengambil koleksi yang disediakan dan dialu-alukan untuk menggantikannya dengan koleksi yang bersesuaian untuk dikongsi pula dengan pengguna yang lain.  

infaq1

 

jktb july2019 1

Perpustakaan Awam Negeri Terengganu melalui Program Jalinan Kasih, Tautan Budi telah mengadakan aktiviti bersama Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Ar Raudah, Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 24 Julai 2019. Seramai 25 orang pelatih dalam lingkungan umur 5 hingga 45 tahun serta 8 orang kakitangan turut serta menyertai aktivti ini. Aktiviti yang diadakan adalah membuat rama-rama dan mengenali haiwan melalui kraftangan mudah.

jktb july2019

 

Program Bicara Buku '14 Kompetensi Pengajaran Pendidikan Abad Ke 21' oleh Encik Kamarulzaman Ismail, Ketua 1 PELITA pada 27 Julai 2019. Mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada warga pendidik dan pelajar.

 

bicara1

bicara2

Selasa, 14 Mei 2019 12:11

PPAT lokasi utama World #QuranHour Terengganu

Written by

KUALA TERENGGANU - Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) sekali lagi menjadi lokasi utama program World #QuranHour di Terengganu yang akan berlangsung pada 30 Mei ini.

Pengarahnya, Marzialina Mohamed berkata, bagi edisi kali ini, pihaknya mengharapkan penglibatan seramai mungkin peserta untuk bersama-sama membaca al-Quran serentak di seluruh negara.

“Kita nak dalam tempoh sejam itu, umat Islam di seluruh dunia mewujudkan gelombang yang besar. Ia salah satu usaha kita dalam mengajak umat Islam untuk memartabat, menghayati dan membudayakan al-Quran dalam kehidupan.

 

wqh rumahngaji

“Pada masa sama, kita berharap agar masyarakat bukan hanya membaca al-Quran pada masa tersebut, namun dapat dijadikan sebagai amalan dan budaya harian,” katanya.

Jelasnya, dalam menarik lebih ramai peserta menjayakan program berkenaan, semua perpustakaan daerah dan perpustakaan desa akan turut melaksanakan program itu di lokasi masing-masing.

Majlis perasmian World #QuranHour di PPAT dijangka akan disempurnakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Ridzuan Hashim yang juga Pengerusi PPAT.

Sumber Berita: Sinar Harian
https://www.sinarharian.com.my/article/27302/EDISI/Terengganu/PPAT-lokasi-utama-World-QuranHour-Terengganu

Program Jom Baca Bersama 10 Minit sempena Sambutan Hari Buku Dan Hakcipta Sedunia tahun 2019 peringkat Negeri Terengganu telah dilaksanakan dengan jayanya pada 23 April 2019. Program ini telah dirasmikan oleh isteri kepada Y.A.B Menteri Besar Terengganu, Y.A.Bhg. Tuan Faizah binti Tuan Ab Rahman.

 

Program ini diadakan serentak di seluruh Malaysia pada tarikh dan masa yang sama. Objektif diadakan Program Jom Baca Bersama 10 Minit ini adalah sebagai simbolik bagi membudayakan pembacaan dikalangan masyarakat Malaysia, dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.

 

Bagi memeriahkan lagi sambutan sempena majlIs tersebut, pihak PPAT telah mengadakan pertandingan Bercerita Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Mandarin yang disertai oleh para pelajar sekolah rendah tahap II manakala pertandingan jejak maklumat disertai oleh pelajar sekolah menengah atas.

Majlis perasmian Pameran Seni Visual Transmisi Sinergi : Touching Life anjuran bersama PPAT dan Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail oleh Encik Muhaisham bin Ibrahim, KBPPM mewakili Pengarah PPAT pada 17 Mac 2019.

Pameran ini telah dilangsungkan bermula 10 Mac 2019 dan bakal berakhir pada 3 April 2019. Memaparkan hasil karya seni visual siswa guru tahun akhir IPGKDRI untuk tatapan para pengunjung perpustakaan.

 

WhatsApp Image 2019-03-17 at 2.49.53 PM

WhatsApp Image 2019-03-17 at 2.48.51 PM

WhatsApp Image 2019-03-17 at 2.49.52 PM

Ahad, 24 Februari 2019 10:37

Perasmian Pesta Buku @ PPAT 2019 Penuh Kemeriahan

Written by

KUALA TERENGGANU, 23 Februari - YAB Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar telah merasmikan Pesta Buku @ PPAT 2019 di Dewan Teater Perpustakaan Awam Negeri Terengganu semalam. 

 

PAT 5396

Sebanyak 10,000 judul buku daripada 74 penerbit seluruh negara disajikan kepada penggemar buku sepanjang Pesta Buku@PPAT 2019. Pesta buku berkenaan dianjurkan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) sebagai salah satu usaha penting institusi tersebut untuk memupuk budaya membaca dan melahirkan modal insan berkualiti dikalangan rakyat negeri itu.

Menteri Besar,  Dr. Ahmad  Samsuri Mokhtar turut berkata, kerajaan negeri sedia menyambut baik mana-mana kempen yang dapat melahirkan modal insan oleh mana-mana pihak.
 
“Pesta Buku yang diadakan bermula hari ini merupakan wadah pertemuan peminat buku yang dinanti-nantikan saban tahun.
 
“Kita ingin menghidupkan budaya membaca yang semakin terhakis tetapi ia perlu dipertahankan supaya kekal relevan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pesta Buku@PPAT 2019 di institusi berkenaan, hari ini.
 
Tuan hadir bersama ke majlis tersebut ialah isteri  beliau, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri turut berkongsi pengalamannya berdamping dengan buku selain senarai buku-buku yang sedang dibacanya.
 
PAT 5511
 
with mb
 
Dr. Ahmad Samsuri sempat meluangkan masa melawat gerai-gerai jualan buku selain ruang aktiviti kanak-kanak yang ditambahbaik.
 
Pesta Buku@PPAT 2019 berlangsung selama seminggu bermula semalam daripada seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.30 malam.
 

 

Halaman 1 dari 2
  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)
slot gacor maxwin slot gacor malam ini slot pulsa slot gacor gampang menang slot gacor slot gacor hari ini slot gacor maxwin slot gacor hari ini slot gacor hari ini