Ahad, 24 Februari 2019 10:26

10,000 Judul Tunggu Peminat Buku Di PPAT - MB Terengganu

Written by 
Rate this item
(0 votes)

KUALA TERENGGANU, 24 Februari - Sebanyak 10,000 judul buku daripada 74 penerbit seluruh negara disajikan kepada penggemar buku sepanjang Pesta Buku@PPAT 2019.

 teganukita
 
Pesta buku berkenaan dianjurkan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) sebagai salah satu usaha penting institusi tersebut untuk memupuk budaya membaca dan melahirkan modal insan berkualiti dikalangan rakyat negeri itu.
 
Menteri Besar,  Dr. Ahmad  Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri sedia menyambut baik mana-mana kempen yang dapat melahirkan modal insan oleh mana-mana pihak.
 
“Pesta Buku yang diadakan bermula hari ini merupakan wadah pertemuan peminat buku yang dinanti-nantikan saban tahun.
 
“Kita ingin menghidupkan budaya membaca yang semakin terhakis tetapi ia perlu dipertahankan supaya kekal relevan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pesta Buku@PPAT 2019 di institusi berkenaan, hari ini.
 
Beliau yang hadir bersama isteri, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri turut berkongsi pengalamannya berdamping dengan buku selain senarai buku-buku yang sedang dibacanya.
 
 
“Sejak kecil lagi saya memiliki ‘passion’ terhadap buku. Tetapi, waktu itu variasi bacaan saya pelbagai dan tidak tetap kepada satu jenis seperti The Hardy Boys, siri Enid Blyton dan sebagainya.

“Syabas saya ucapkan kepada PPAT atas kejayaan menganjurkan pesta buku tahun ini. Semoga usaha ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT,” katanya.
 
Beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang peminjam terbanyak tahun 2018 iaitu Fatihah Aqilah Fathi Aziz (680 buah buku) bagi kategori kanak-kanak dan Sharifah Izzati Syed Abdullah (138 buah buku) bagi kategori dewasa.
 
Mereka berdua masing-masing menerima hadiah wang tunai bernilai RM500.
 
Terdahulu, Dr. Samsuri sempat meluangkan masa melawat gerai-gerai jualan buku selain ruang aktiviti dan bacaan di PPAT.
 
Pesta Buku@PPAT 2019 berlangsung selama seminggu bermula hari ini daripada seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.30 malam.
 
Sehingga jam 12.00 tengahari ini, lebih 4,000 ulat buku telah berkunjung ke PPAT untuk menikmati bahan bacaan terbaik.

Selain bahan bacaan, program berkenaan turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung yang hadir.
 
 
-Sumber : Teganukita
Read 484 times Last modified on Isnin, 18 Mac 2019 11:41
  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)
slot gacor maxwin slot gacor malam ini slot pulsa slot gacor gampang menang slot gacor slot gacor hari ini slot gacor maxwin slot gacor hari ini slot gacor hari ini