Majlis Solat Hajat dan Halaqah Darul Iman Siri 3

KUALA TERENGGANU, [10 September 2026] – Warga Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah bersama-sama menjayakan Majlis Solat Hajat, Program HADI Siri 3 2026 dan Majlis Berselawat sebagai usaha memohon keberkatan, petunjuk serta pertolongan Allah SWT dalam melancarkan pelbagai urusan dan perancangan organisasi serta penglibatan dalam pelbagai kegiatan bagi tahun 2026.
Antara hajat yang dipanjatkan ialah agar dipermudahkan segala urusan PPAT, khususnya dalam aspek perancangan dan persediaan dalam menyertai Konvensyen Perpustakaan SeMalaysia 2026 yang dijadualkan berlangsung pada Oktober akan datang.
Doa turut dipanjatkan agar kakitangan PPAT terus diberikan kekuatan dalam menjalankan amanah dengan penuh tanggungjawab dan integriti, saling menyokong antara satu sama lain serta dijauhkan dari segala sifat negatif yang boleh merosakkan hubungan dan perkembangan organisasi.
Selain itu, warga PPAT turut menzahirkan rasa syukur atas segala nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan terutamanya kejayaan menganjur Karnival Buku dan Semarak Jawi 2026 serta memohon agar terus diberikan keberkatan, peningkatan amalan dan pengukuhan iman dalam kalangan seluruh warga kerja.
Majlis juga mengambil kesempatan mendoakan kesembuhan buat kakitangan PPAT yang sedang diuji dengan masalah kesihatan agar diberikan kesembuhan, kekuatan serta ketabahan dalam menjalani rawatan dan kembali sihat seperti biasa.
Usai solat hajat, majlis diteruskan dengan Tazkirah Maulid Ar Rasul sebagai pengisian Program HADI Siri 3 2026. YB Ustaz Ridzuan menyampaikan tazkirah dengan berkisarkan kepada Ayat 21 dari Surah Al-Ahzab berkenaan suri teladan Rasulullah SAW yang perlu cuba diamalkan oleh setiap hamba Allah dengan mengikut kepada panduan yang telah diperihalkan.
Majlis seterusnya ditutup dengan YB Pengerusi PPAT, barisan pengurusan Kelab PERPAT serta kakitangan PPAT bersama-sama mengalunkan selawat ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW sempena memperingati peristiwa besar kelahiran baginda.
 
halaqah3 1
halaqah3 1
halaqah3 1
halaqah3 1
halaqah3 1
halaqah3 1
Last modified on Selasa, 15 September 2026 16:52
  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO