Galeri Penulis Terengganu
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan Galeri Penulis Terengganu bagi memastikan para penulis tempatan Negeri Terengganu tidak dipinggirkan dalam arus perdana pembangunan negeri. Galeri Penulis Terengganu ini terletak di ruangan anjung santai tingkat bawah bangunan Perpustakaan Awam Negeri Terenggganu dan ianya telah dibuka dibuka secara rasmi pada 4 November 2020.
Tujuan Galeri Penulis Terengganu ini diwujudkan adalah untuk menempatkan dan mengumpul hasil karya penulis tempatan yang merangkumi pelbagai bidang. Seramai hampir 100 orang penulis anak Terengganu telah berjaya dikumpul karya-karya mereka. Antara hasil karya penulis Terengganu yang ditempatkan di galeri ini ialah Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Haji Awang, Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad, Tuan Sharif Putera, Indah Hairani, Ghazali Ngah Azia, Hilmi Rindu dan lain-lain penulis tempatan yang terkenal.
Galeri Penulis Terengganu ini merupakan platform yang terbaik dan dapat memberi nilai tambah kepada penulis-penulis Negeri Terengganu dan seterusnya dapat mengangkat pemikiran masyarakat ke tahap yang lebih baik melalui pembudayaan amalan membaca serta mencintai ilmu