Bahagian Dewasa
Pinjaman Dewasa
Perkhidmatan ini menyediakan bahan-bahan fiksyen dan bukan fiksyen meliputi pelbagai bidang. Koleksi awalan ‘D’ dan boleh dipinjam.
Kategori Ahli |
Bilangan Naskhah |
Tempoh Pinjaman |
Denda Lewat |
Buku Hilang |
Pembaharuan Pinjaman |
Dewasa |
6 |
14 hari |
RM0.20/hari |
|
1 kali sahaja |
Pascasiswazah |
6 |
28 hari |
|||
Kelompok |
200 |
14 hari |
- Buku-buku yang dipinjam boleh dipulangkan melalui kaunter sirkulasi, Mesin Gelongsor Buku (Bookdrop) atau
Mesin Pinjaman/Pemulangan Layan Diri (SelfCheck Machine) pada atau sebelum tarikh yang telah ditetapkan.
Koleksi Majalah
- Perkhidmatan ini menyediakan koleksi majalah tempatan dan luar negara di dalam pelbagai bidang.
- Antara Majalah yang terdapat di perpustakaan :
- Forbes
- Tunas Cipta
- Pelita Bahasa
- Dewan Siswa
- Dewan Pelajar
- Dewan Budaya
- Dewan Masyarakat
- Koleksi ini hanya untuk rujukan sahaja.
Koleksi Tempatan
Koleksi KTG
Koleksi Tempatan Terengganu merupakan satu unit di bawah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu ( PPAT ) dan terletak di anjung kiri, aras dua bangunan Perpustakaan Awam Negeri. Unit ini menempatkan dua jenis koleksi iaitu Koleksi Terengganu dan Koleksi Peribadi
Koleksi Terengganu
Koleksi Terengganu merupakan apa jua penulisan berkaitan dengan Negeri Terengganu, ditulis oleh Penulis Terengganu, diterbitkan dalam Negeri Terengganu atau sebarang penerbitan berkaitan dengan Negeri Terengganu. Antara sumber perpustakaan yang ditempatkan di koleksi Terengganu adalah buku, majalah, tesis, keratan akhabar, Warta, risalah dan sebagainya.-
Koleksi Peribadi
Koleksi Peribadi pula menempatkan sumbangan bahan oleh tokoh-tokoh tempatan anak Negeri Terengganu yang sebahagian besarnya merupakan kitab agama dan buku. Berikut adalah senarai tokoh yang memberi sumbangan dalam koleksi Peribadi:-
- Y. Bhg. Dato Prof. Hashim Awang
- Y. Bhg. Dato’ Haji Wan Abd Rahman Long (Dato. Perba Diraja)
- Y.Bhg. Dato’ Prof. Mohammad Abu Bakar
- Y.Bhg. Dato’ Alwi Muhammad
- Y.Bhg. Dato’ Ambak Ismail
- Y.Bhg. Dato’ Wan Isa Long (Dato’ Nara Setia)
- Y.Bhg. Prof. Rohani Abdul kadir
- Encik Ghazali Ngah Azia
- Haji Othman Omar
- Haji Alias Abdullah
- Ustaz Sulaiman Ali
- Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Unit Multimedia
-
Perkhidmatan ini menyediakan komputer untuk kegunaan ahli perpustakaan sahaja
dan ianya dikenakan caj sebanyak RM2.00 bagi setiap jam.
-
Perkhidmatan ini menyediakan perkhidmatan internet tanpa wayar secara percuma.
-
Perkhidmatan ini menyediakan mesin fotostat untuk membuat salinan yang dikenakan caj RM0.10 bagi salinan hitam/putih dan RM1.00 bagi salinan berwarna. Manakala bagi setiap percetakan (print) akan dikenakan caj RM0.20.
- Perkhidmatan ini menyediakan pangkalan data dalam bentuk e-buku, buku audio, e-majalah, e-surat khabar , e-jurnal dan e- pembelajaran seperti OverDrive, Alkem Digital Library,Odilo, Ookbee Buffet,BLIS dan MyGuru.
Perkhidmatan Rujukan
Menyediakan perkhidmatan rujukan dan maklumat kepada semua pengguna. Bahan-bahan ini meliputi pelbagai bidang perkara. Jenis-jenis bahan rujukan ialah:
Koleksi Rujukan Umum
Terdiri daripada buku-buku rujukan dalam pelbagai bidang perkara untuk rujukan pengguna. Koleksi awalan ‘R’ dan tidak boleh dipinjam, hanya untuk rujukan sahaja.
Koleksi Rujukan Segera
Mengandungi bahan rujukan khusus seperti kamus, ensiklopedia, almanak dan lain-lain. Koleksi awalan ‘RR’ dan tidak boleh dipinjam, hanya untuk rujukan sahaja.
Koleksi Terhad
Terdiri daripada himpunan bahan-bahan yang mempunyai unsur-unsur sensitif. Koleksi awalan ‘T’ dan tidak boleh dipinjam, hanya untuk rujukan sahaja.
Koleksi ‘Red Spot’
Himpunan buku-buku popular bertanda merah yang sentiasa mendapat permintaan dari pengguna. Koleksi awalan ‘RTM’ dan tidak boleh dipinjam, hanya untuk rujukan sahaja.
Koleksi Arab
Himpunan bahan-bahan rujukan dalam bahasa Arab. Koleksi awalan ‘RA’ dan tidak boleh dipinjam, hanya untuk rujukan sahaja.
Koleksi Artikel Akhbar dan Majalah
Koleksi keratan akhbar dan majalah yang dijilid mengikut bidang perkara tertentu. Koleksi ini tidak boleh dipinjam dan hanya untuk rujukan sahaja.
Koleksi Majalah Berjilid
Terdiri daripada majalah kebelakangan yang telah dijilid dan tidak boleh dipinjam, hanya untuk rujukan. Koleksi ini tidak boleh dipinjam dan hanya untuk rujukan sahaja.
Zon Interaktif
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) ada menyediakan perkhidmatan terbaharu kepada pengguna iaitu Zon Interaktif yang terletak di aras 1.
Zon Interaktif memuatkan peralatan berkaitan edutaiment games seperti esport, virtual reality dan lain-lain. Antara peralatan permainan yang disediakan ialah PS5, VR, PS4, PS4 + Virtual Reality (VR), X-BOX dan Gran Turismo. Zon interaktif ini dibuka kepada pengguna yang berumur 10 tahun ke atas. Namun begitu bagi kanak-kanak yang berumur bawah 10 tahun perlu bersama ibu bapa atau penjaga untuk menggunakan perkhidmatan ini.
Ianya telah dirasmikan oleh YB Ustaz Ridzuan b. Hashim, Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu pada 9 September 2020 dan mula beroperasi pada 1 Oktober 2020.