Arkib Berita 2023 (19)

Ahad, 29 Oktober 2023 16:19

Pesta Buku @PPAT 2023 Sasar 100,000 Pengunjung

Written by

perasmian pbppat2023aa

 

Kuala Terengganu, 29 Oktober – Majlis perasmian Pesta Buku bagi Tahun 2023 telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Satiful Bahari Bin Mamat,Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Negeri Terengganu di Dewan Teater, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Beliau mewakili Kerajaan Negeri amat berbesar hati dan berbangga dengan usaha Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu (PPAT) menganjurkan program sebegini di kala masyarakat kini kuat diasak dan dikejar dengan kepantasan Internet yang menjadi pencetus revolusi pencarian maklumat.

Pada hemat saya, PPAT telah berjaya mengimplementasikan dengan jayanya salah satu fungsi dan peranan PPAT iaitu Memupuk Budaya Membaca dan Pembelajaran Sepanjang Hayat melalui penganjuran program ini. Saya yakin Pesta Buku yang saban tahun dijalankan oleh PPAT dan Kerajaan Negeri Terengganu akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat bukan sahaja di dalam negeri ini, malah negeri-negeri di sekitar Terengganu, katanya.

Majlis perasmian Pesta Buku yang berlangsung pada pagi ini sangat meriah dan majlis turut menyaksikan Pelancaran Buku Ulama Terengganu : Suatu Sorotan Edisi Baharu terbitan PPAT.

perasmian pbppat2023b

perasmian pbppat2023d

perasmian pbppat2023a

perasmian pbppat2023c

 

Isnin, 25 September 2023 09:02

Kelab Sukan PPAT Rangkul Juara Sukan Persahabatan

Written by

kesupa6

 

15 September 2023, Kelab Sukan PPAT (PERPAT) telah menyertai Perlawanan Persahabatan dengan Kelab Sukan dan Kebajikan PPAP (KESUPA) pada 15-16 September 2023 yang lepas di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Pelawanan Persahabatan ini merupakan perlawanan timbal balik selepas perlawanan pertama di PPAT pada 29 September 2022. Terdapat 11 acara sukan dipertandingkan dan PPAT telah memenangi 8 daripadanya menerusi acara Pingpong Berpasukan, Badminton Berpasukan, Futsal, Congkak Berpasukan, Batu Seremban Berpasukan, Karom Berpasukan, Egames - Boling XBox berpasukan, E-games - FIFA 2023. Kemenangan dalam acara tersebut membolehkan Kelab Sukan PPAT merangkul juara keseluruhan.

Perlawanan Persahabatan ini juga telah mengeratkan silatulrahim di antara kakitangan kedua-dua negeri. Semoga usaha ini berterusan di masa hadapan.

kesupa3

kesupa11

 

kesupa9

kesupa2

kesupa1

kesupa8

 

Isnin, 25 September 2023 08:57

Hari Literasi bersama SK Gong Tok Nasek

Written by

24 September 2023 | Ahad

PPAT telah mengadakan Program Hari Literasi bersama Pelajar SK Gong Tok Nasek di SK Gong Tok Nasek. Seramai 139 pelajar tahun 4 telah menyertai program ini. Para pelajar telah diberi taklimat berkaitan perkhidmatan PPAT dan u-Pustaka. Seterusnya mereka dipecahkan kepada 3 kumpulan untuk aktiviti pembacaan iaitu radio rosak sambung cerita itu dan 3 hajat.

Terima kasih kerana sudi menjemput kami. Jumpa lagi di lain masa.

upustaka sept1

upustaka sept2

 

Selasa, 29 Ogos 2023 15:21

Perpustakaan Tempat Tumpuan Cuti Sekolah

Written by

saliba1


Kuala Terengganu -  Sempena cuti sekolah bermula 25 Ogos hingga 2 September 2023, PPAT merancang pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung perpustakaan. Selain menjadi pusat rujukan ilmu, Perpustakaan Awam juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik sebagai alternatif kepada pembudayaan ilmu pengetahuan. PPAT telah mengadakan Pertandingan Sahibba Tahap I dan Tahap II yang diadakan di Lobi Perpustakaan Awam Negeri pada 28 Ogos 2023.  Pertandingan ini diadakan bagi melatih pelajar untuk membina perkataan dalam masa singkat berdasarkan huruf-huruf tertentu sahaja. Penyertaan yang menggalakkan telah diterima daripada pengunjung yang hadir ke perpustakaan iaitu seramai 14 orang peserta tahap 1 dan 12 orang peserta tahap 2.  

Selain itu juga, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu akan mengadakan Pertandingan Mewarna Kemerdekaan Bersama A&W pada 30 Ogos 2023 bersempena bulan Kemerdekaan. Disamping itu juga, PPAT menyediakan kemudahan Zon Interktif bagi pengunjung yang ingin merasai pengalaman Virtua Realiti (VR). 

saliba2

saliba3

saliba4

 

pertandingan mewarna ogos2023

upustaka nilam3

 

2 Ogos 2023 SMK Seri Nilam dengan kerjasama PPAT telah mengadakan Bengkel Pembangunan Pusat Sumber & literasi Maklumat untuk Pengawas Pusat Sumber dan Guru Perpustakaan Media Kuala Terengganu sesi 2023 di SMK Seri Nilam.

Seramai 88 peserta yang terdiri daripada Pengawas Pusat Sumber Sekolah dari sekolah sekitar Kuala Terengganu telah menyertai aktiviti yang dikendalikan oleh PPAT, iaitu Taklimat, Pameran dan Kuiz serta Pertandingan Jejak Maklumat u-Pustaka.

Pada Majlis Perasmian yang telah dirasmikan oleh En. Ramzu Nasri bin Jain, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembelajaran, PPD Kuala Terengganu, PPAT telah menerima sijil dan plak penghargaan dari PPD Kuala Terengganu di atas program kerjasama ini.

#ppaterengganu
#aktivitibppm
#aktivitippat

upustaka nilam2

 

Isnin, 12 Jun 2023 11:14

Terengganu Inc Sumbang Komputer Riba

Written by
Majlis Penyerahan Komputer Riba oleh pihak Terengganu Incorporated (TI) kepada Perpustakaan Awam Terengganu telah disempurnakan oleh Y. Bhg Encik Burhanuddin Hilmi bin Mohamed@Harun, Pengarah Eksekutif Terengganu Inc pada 11 Jun 2023 di Bilik Mesyuarat Perpustakaan Awam Terengganu sambil disaksikan oleh Puan Norliza binti Ismail, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu.
Sumbangan sejumlah lima (5) unit komputer riba merupakan salah satu inisiatif pihak Terengganu Inc. dalam membantu PPAT menyediakan kemudahan yang terbaik buat para pengguna khususnya rakyat Negeri Terengganu. Diharapkan hubungan erat ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha merealisasikan misi dan visi PPAT.
 
ti1
ti2
ti3
ti4
ti5
Selasa, 23 Mei 2023 14:18

PPAT Hargai Pesakit Buah Pinggang

Written by

Kuala Terengganu, 18 Mei 2023 - PPAT telah mengadakan Program Jaliman Kasih Tautan Budi bersama Komuniti Persatuan Pesakit Buah Pinggang Terengganu di Pusat Dialisis Kubang Buyung, Kuala Terengganu. Program ini merupakan salah satu peranan dan tanggungjawab sosial korporat PPAT kepada masyarakat selain bertujuan meningkatkan kesedaran dan kepedulian masyarakat tentang kepentingan kesihatan buah pinggang serta tindakan pencegahannya. Pelbagai aktiviti diadakan bersama pesakit dan petugas Pusat Dialisis ini seperti Pertandingan Congkak, Pertandingan Dam Aji, Pertandingan Batu Seremban dan Kuiz.

dialisis1

dialisis2

dialisis3

Ahad, 16 April 2023 12:33

World Quran Hour Peringkat Negeri Terengganu

Written by

KUALA TERENGGANU, 13 April – Program World #QuranHour peringkat Negeri Terengganu disambut dan diadakan di seluruh daerah.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Penerangan dan Dakwah Negeri, Ridzuan Hashim berkata, kesemua Perpustakaan Awam di setiap daerah mengadakan program itu pada jam 11 pagi secara serentak.

wqh2023a

 

Katanya, program tersebut merupakan satu kempen yang bertujuan meningkatkan interaksi individu dengan Al-Quran melalui konsep baca, faham dan amal.

“Ia bagi membentuk masyarakat yang mematuhi segala ajaran atau suruhan agama dan menjauhi segala larangannya yang berlandaskan Al-Quran,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Perasmian Program World #QuranHour 2023 peringkat negeri Terengganu bertempat di Perpustakaan Awam Negeri di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS), Kamaruzaman Abdullah.

Tambah Ridzuan Hashim, tema bagi World #QuranHour pada tahun ini ialah 'Memanusiakan Ummah' daripada surah Al-Insan.

“Penghayatan surah tersebut diharapkan dapat memberi persediaan dan perspektif fizikal, emosional, intelek dan spiritual kepada masyarakat dalam menangani dunia,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Perpustakaan Awam Terengganu berkata, program tahunan ini bermatlamat untuk mengajak dan menggalakkan umat islam membaca, mendalami isi dan maksudnya serta mengamalkan segala ajaran yang terkandung dalam Al-Quran.

wqh2023b

Tambahnya lagi katanya, program yang berskala besar ini sememangnya memberi impak yang besar jika dilihat setelah menganjurkannya beberapa kali sebelum ini.

Program itu diserikan dengan alunan bacaan Al-Quran Surah Al-Insan oleh Qari, Mohamad Syakir Asyraf Shohaimi diikuti sesi tadabbur bersama Ustaz Muhammad Syafiq Mohd Sakri.

"Program yang menerima kunjungan lebih 500 peserta itu diteruskan dengan pembahagian hadiah kepada pemenang yang menyertai pertandingan World #QuranHour dan berakhir sekitar jam 1 petang.

"Al-Quran memberi petunjuk, jalan yang paling lurus, adil dan benar untuk kebaikan hidup di dunia dan akhirat kepada manusia," ujarnya.

- Sumber : trdi.my 

 

wqh2023c

wqh2023d

Ahad, 02 April 2023 08:59

PPAT sambut Hari U-Pustaka ke 12 tahun

Written by

upustaka12-2

 

30 Mac 2023 | Khamis -   PPAT telah mengadakan program Sambutan Hari u-Pustaka ke-12 di Dewan Serbaguna, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Program ini telah dirasmikan oleh Puan Norliza bt Ismail, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu.

Selepas perasmian, program ini diteruskan dengan sesi perkongsian ilmu penggunaan Portal u-Pustaka oleh Cikgu Sharifah Juliana, yang merupakan Guru Perpustakaan dan Media SMK Sri Nilam dan juga pengguna aktif u-Pustaka. Penutup program pada hari tersebut adalah pertandingan kuiz u-Pustaka untuk pelajar sekolah menengah dan rendah sekitar Kuala Terengganu. Seramai 150 orang peserta telah menyertai program di PPAT ini yang melibatkan guru, pelajar sekolah dan kakitangan PPAT.

Selain di Perpustakaan Awam Negeri, sambutan ini turut diadakan di Perpustakaan Awam Daerah dan Pekan seluruh negeri Terengganu.

Berikut adalah gambar kemeriahan program.

upustaka12-4 

upustaka12-3

upustaka12-5

upustaka12-1

Halaman 1 dari 2
KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)