Arkib Berita 2022 (11)

Ahad, 02 Oktober 2022 16:58

Bengkel Kajian Rekaan Seni dan Pameran Karya Seni

Written by
14 SEPTEMBER 2022 | RABU Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Terengganu telah mengadakan Bengkel Kajian Rekaan Seni dan Pameran Karya Seni bertempat di Ruang Legar, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Program ini dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Abdul Muie bin Ngah Pengarah Pendidikan, Negeri Terengganu.
 
lukisan1
 
lukisan2
 
 
lukisan3
 
13 SEPTEMBER 2022 | SELASA Pertandingan Cekap Eja " Lestari Bahasa, Memartabat Bangsa " sempena Dekad Bahasa Kebangsaan 2022 bertempat di Sekolah Kebangsaan Sulaiman I dan Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman II.
Tahniah kepada juara Pertandingan Cekap Eja iaitu SMK Padang Midin bagi kategori sekolah menengah dan SK Sultan Sulaiman II juara kategori sekolah rendah.
 
cekapeja1
 
cekapeja2
cekapeja3
Pameran Perpustakaan sempena Konvensyen Perpustakaan SeMalaysia 2022 di KOMTAR, Pulau Pinang pada 6-7 September 2022.
Pengunjung-pengunjung telah berpeluang untuk menyertai pertandingan teka berat buku, English Challenge dan Kuiz Perpustakaan di 'booth' PPAT sepanjang dua hari pameran diadakan.
Terima kasih pada semua pengunjung KOMTAR yang menyokong dan menyertai pertandingan yang disediakan di "booth" PPAT.
 
pameran1
pameran2
Rabu, 06 Julai 2022 11:10

Kesantunan Komunikasi Berkesan di Kaunter

Written by
Kuala Terenganu, PPAT melalui Bahagian Perkhidmatan dan Pengurusan Maklumat telah mengadakan Kursus Kesantunan Komunikasi Berkesan di Kaunter pada 21 dan 22 Jun 2022. Kursus tersebut diadakan di Dewan Serbaguna PPAT telah disertai oleh 65 orang peserta terdiri daripada kakitangan diseluruh cawangan PPAT yang terlibat secara langsung dalam perkhidmatan kaunter.
 
Amalan kesantunan berbahasa adalah perkara asas dalam sesebuah komunikasi yang menggambarkan aturan sosial dalam sesebuah masyarakat dan menjadi prasyarat bagi kerjasama dalam sesebuah komunikasi dan sangat penting dalam penyampaian sektor awam terutama bidang perkhidmatan kaunter. Oleh yang demikian, kursus Kesantunan ini sangat penting dalam memberi pendedahan kepada setiap petugas kaunter untuk memberi perkhidmatan yang terbaik. Kandungan kursus yang padat dengan nilai-nilai murni menjadi lebih menarik dengan penyampaian terbaik oleh Dr. Hajah Fauziah Binti Jaafar.
 
kesantunan1
 
kesantunan3
kursus2
 
Ahad, 12 Jun 2022 16:29

PPAT Rai Pelajar Tunas Bakti

Written by

PPAT telah mengadakan Program Jalinan Kasih Tautan Budi (JKTB) dengan Sekolah Tunas Bakti dan Asrama Rusila pada 8 Jun 2022. Program JKTB ini merupakan sebuah program CSR yang menitikberatkan jalinan kerjasama dengan komuniti setempat.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sempena program ini seperti pertandingan Jejak Maklumat dan Pertandingan Badminton serta pameran Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak. Semoga adik-adik pelajar Sekolah Tunas Bakti dan Asrama Rusila akan mengutip pelbagai ilmu serta pengalaman sepanjang berada di sekolah ini sebagai panduan hidup di masa hadapan dan menjadi insan yang lebih untuk berbakti pada bangsa, agama dan negara.

 
jktb3
 
 
 
jktb2
 
jktb1
 
jktb4
 
Ahad, 03 April 2022 09:11

PPAT Rangkul 2 Anugerah di KIK 2022

Written by
Seremban, 31 Mac 2022- Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu Perpustakaan Se-Malaysia 2022 yang bermula pada 29 - 31 Mac 2022. Pada edisi kali ini, PPAT melalui Kumpulan R. E. A. D yang dianggotai seramai 8 orang ahli yang diketuai oleh En. Mohd Shukor bin Salleh dan En. Mohd. Rijaluddin bin Muda selaku Fasilitator telah merangkul Anugerah Khas Juri Kategori Dokumentasi Terbaik dan Tempat Ketiga Kategori Penambahbaikan.
 
KIK Horizon Baharu 2022 ini telah dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia bertempat di Hotel Royale Chulan, Seremban. Sebanyak 15 Pasukan KIK dari Perpustakaan Awam Negeri dan Perpustakaan IPTA seluruh Malaysia bertanding bagi merebut kejuaraan bagi kategori projek penciptaan dan kategori projek penambahbaikan.
 
Pihak Perbadanan mengucapkan sekalung tahniah kepada kumpulan R.E.A.D. dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan menyokong kumpulan R.E.AD. Anugerah ini juga turut didedikasikan kepada Allahyarham En. Shazwan bin Sarif yang merupakan ahli kumpulan R.E.A.D. Sama-sama kita sedekahkan AL-Fatihah.
kik1

22 Mac 2022 – Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan,Kementerian Dalam Negeri Terengganu telah mengadakan kunjungan ke Perpustakaan Awam Negeri Terengganu (PPAT) dalam usaha untuk mengeratkan hubungan strategik dua hala antara kedua-dua agensi. Turut sama adalah Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Terengganu dan juga ketua-ketua bahagian perpustakaan.

lawatan kdn1

lawatan kdn2

lawatan kdn3

lawatan kdn4

Khamis, 10 Mac 2022 08:45

Perpustakaan Digital Bukti Kerjasama Yang Erat

Written by

mou1

KUALA TERENGGANU, 6 Mac- Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkasa mutu perbahasan dan perkhidmatan dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu (DUN), Dato' Yahaya Ali berkata, kerjasama tersebut memberi tumpuan terhadap perkongsian ilmu dan maklumat.

“Pejabat DUN sebelum ini telah melancarkan perpustakaan digital, satu sistem yang dibina untuk memberi kemudahan kepada semua ADUN Terengganu bagi mengakses maklumat dengan cepat.

“Tetapi apabila temeterainya MoU ini, dengan sendirinya perpustakaan digital Pejabat DUN menjadi lebih luas aksesnya dimana sebahagian besar daripada kandungan perpustakaan digital PPAT boleh digunakan oleh Yang Berhormat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Perpustakaan Digital Antara Pejabat Dewan Undangan Negeri Dan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) di PPAT, semalam. Turut hadir,Pengerusi PPAT, Ridzuan Hashim dan Pengarah PPAT, Norliza Ismail. 

Pada majlis MoU tersebut, Yahaya mewakili Pejabat DUN manakala PPAT diwakili oleh Ridzuan sambil disaksikan Norliza. Menurut beliau, dengan adanya perpustakaan digital, maklumat hanya di hujung jari dan ia akan memudahkan tugas ADUN untuk membuat rujukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

“Apa yang penting sistem ini dibina bagi melengkapkan diri ADUN supaya mereka lebih bersedia membuat rujukan terutamanya dalam menghadapi sidang dewan.

“Segala maklumat yang melibatkan kepentingan orang ramai contohnya mereka mendapat akses yang lebih luas, justeru dengan rujukan-rujukan yang ada itu, mereka akan menjadi seorang ahli badan legislatif yang lebih baik,”jelasnya.

Sementara itu, Norliza berkata, selain maklumat berkaitan DUN, PPAT turut memberi akses kepada sebahagian aplikasi dan bahan digital sedia ada di sana untuk kegunaan ADUN. 
- sumber TRDI.my

mou

mou2

 

 

 

 

Khamis, 10 Mac 2022 08:36

Majlis Apresiasi Warga Kerja PPAT 2022

Written by
Kuala Terengganu, 3 Mac 2022 (Khamis) - Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu telah berjaya mengadakan Majlis Apresiasi Warga Kerja PPAT 2022 serta Pelancaran Pelan Strategik PPAT TAHUN 2021-2025 dan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah PPAT secara serentak di Dewan Serbaguna PPAT.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu diatas kesudian hadir ke majlis ini bagi meraikan penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan kakitangan yang bersara. Majlis ini diadakan bagi memberi apresiasi kepada Pegawai dan Kakitangan yang cemerlang tahun 2021 serta pesara.
Sekalung tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah. Semoga majlis apresiasi ini dapat menjadi pemangkin kepada kecemerlangan dan kejayaan pada masa akan datang.
 
apc1
apc2
apc3
  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)
slot gacor maxwin slot gacor malam ini slot pulsa slot gacor gampang menang slot gacor slot gacor hari ini slot gacor maxwin slot gacor hari ini slot gacor hari ini