Khamis, 10 Mac 2022 08:45

Perpustakaan Digital Bukti Kerjasama Yang Erat

Written by 
Rate this item
(0 votes)

mou1

KUALA TERENGGANU, 6 Mac- Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkasa mutu perbahasan dan perkhidmatan dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu (DUN), Dato' Yahaya Ali berkata, kerjasama tersebut memberi tumpuan terhadap perkongsian ilmu dan maklumat.

“Pejabat DUN sebelum ini telah melancarkan perpustakaan digital, satu sistem yang dibina untuk memberi kemudahan kepada semua ADUN Terengganu bagi mengakses maklumat dengan cepat.

“Tetapi apabila temeterainya MoU ini, dengan sendirinya perpustakaan digital Pejabat DUN menjadi lebih luas aksesnya dimana sebahagian besar daripada kandungan perpustakaan digital PPAT boleh digunakan oleh Yang Berhormat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Perpustakaan Digital Antara Pejabat Dewan Undangan Negeri Dan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) di PPAT, semalam. Turut hadir,Pengerusi PPAT, Ridzuan Hashim dan Pengarah PPAT, Norliza Ismail. 

Pada majlis MoU tersebut, Yahaya mewakili Pejabat DUN manakala PPAT diwakili oleh Ridzuan sambil disaksikan Norliza. Menurut beliau, dengan adanya perpustakaan digital, maklumat hanya di hujung jari dan ia akan memudahkan tugas ADUN untuk membuat rujukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

“Apa yang penting sistem ini dibina bagi melengkapkan diri ADUN supaya mereka lebih bersedia membuat rujukan terutamanya dalam menghadapi sidang dewan.

“Segala maklumat yang melibatkan kepentingan orang ramai contohnya mereka mendapat akses yang lebih luas, justeru dengan rujukan-rujukan yang ada itu, mereka akan menjadi seorang ahli badan legislatif yang lebih baik,”jelasnya.

Sementara itu, Norliza berkata, selain maklumat berkaitan DUN, PPAT turut memberi akses kepada sebahagian aplikasi dan bahan digital sedia ada di sana untuk kegunaan ADUN. 
- sumber TRDI.my

mou

mou2

 

 

 

 

Read 350 times
  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)
slot gacor maxwin slot gacor malam ini slot pulsa slot gacor gampang menang slot gacor slot gacor hari ini slot gacor maxwin slot gacor hari ini slot gacor hari ini