26 Ogos 2026 I Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Ruang Bacaan Keluarga Peringkat Negeri Terengganu 2026 telah berlangsung dengan meriah di Dewan Cendekiawan, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT).
Pertandingan melibatkan 15 buah keluarga menerusi dua kategori, iaitu Rumah Kampung dan Rumah Bertanah. Program ini bertujuan menyemarakkan budaya membaca dari rumah serta mengiktiraf kreativiti keluarga dalam menyediakan ruang bacaan yang menarik, selesa dan kondusif.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Dr. Riduan bin Mohamad Nor, Ahli Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Koleksi Terengganu, PPAT diiringi oleh Dr. Kamarulzaman bin Mahmood, Timbalan Pengarah (Operasi), PPAT.
Tahniah kepada semua pemenang!
<img class="xz74otr x15mokao x1ga7v0g x16uus16 xbiv7yw" src="https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t77/1/16/1f3e1.png" alt="

