Wacana Kemerdekaan : Menyemai Semangat, Mengukuhkan Bangsa

26 Ogos 2026 | Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah menganjurkan Wacana Kemerdekaan Memperingati Dr. Burhanuddin Al-Helmi bertemakan “Menyemai Semangat, Mengukuhkan Bangsa” dengan kerjasama Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Rekreasi (LESTARI), bertempat di Dewan Cendekiawan, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Dr. Riduan bin Mohamad Nor, Ahli Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Koleksi Terengganu, PPAT serta Pengerusi Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Rekreasi (LESTARI).
Wacana berkenaan menampilkan dua tokoh panel berwibawa, iaitu Dr. Mohd Fadli Ghani dan Profesor Madya Dr. Azmi Arifin, manakala sesi perbincangan dikendalikan oleh moderator, Prof. Dr. Uzaimah Ibrahim.
Penganjuran wacana ini membuka ruang kepada para peserta untuk menghayati dengan lebih mendalam perjuangan, pemikiran dan sumbangan besar Dr. Burhanuddin Al-Helmi, seorang tokoh nasionalis, ilmuwan dan pejuang kemerdekaan yang memainkan peranan penting dalam sejarah perjuangan tanah air.
Perkongsian kedua-dua panel bukan sahaja menyingkap perjalanan perjuangan tokoh berkenaan, malah mengajak masyarakat meneladani keberanian, keteguhan prinsip, keluasan ilmu dan kecintaan beliau terhadap agama, bangsa serta negara.
Sesi soal jawab yang berlangsung turut menyaksikan penyertaan aktif para hadirin dalam membincangkan sejarah perjuangan kemerdekaan dan kepentingan mempertahankan jati diri bangsa dalam mendepani cabaran semasa.
Kerjasama strategik antara PPAT dan LESTARI dalam menjayakan program ini mencerminkan komitmen bersama untuk memperkasa penghayatan sejarah, menyemarakkan semangat patriotisme serta memperkukuh jati diri masyarakat, khususnya dalam kalangan generasi muda.
Semoga penganjuran wacana ini terus menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap sejarah negara dan menyuburkan rasa cinta kepada tanah air.
Merdeka bukan sekadar sebuah laungan, tetapi amanah untuk mempertahankan maruah, perpaduan dan masa depan negara.
 
wacana1
wacana1
wacana1
wacana1
  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO