Jejak Warisan Angkat Keunikan Warisan dan Budaya Kampung Kuala Jengal

Dungun, 2 September 2026 - Program Jejak Warisan 2026 yang berlangsung di Kampung Kuala Jengal, Dungun, Terengganu menjadi platform bermakna dalam menyelusuri sejarah, mengenali budaya serta menghayati keunikan kehidupan masyarakat setempat. Program yang berlangsung dari 1 hingga 3 September 2026 ini merupakan sebahagian daripada Program Jejak Warisan dan Jalinan Kasih Tautan Budi Bersama Kelab ‘Riders’ PPAT 2026, yang memberi peluang kepada peserta mendekati khazanah warisan negeri secara lebih dekat dan berasaskan pengalaman.

Antara pengisian utama program ialah penerokaan sejarah Makam Tun Ali, salah satu tinggalan sejarah yang mempunyai nilai warisan serta kisah tersendiri dalam sejarah tempatan. Kunjungan ini membuka ruang kepada peserta untuk mengenali tokoh, sejarah dan latar belakang kawasan Kuala Jengal dengan lebih mendalam.

Peserta turut berpeluang mengenali Tarian Saba, salah satu seni persembahan tradisional Terengganu yang berkait rapat dengan adat, kepercayaan dan kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Seni warisan ini bukan sahaja mencerminkan kreativiti masyarakat terdahulu, malah menjadi sebahagian daripada identiti budaya yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Lebih menarik, peserta turut didedahkan dengan kisah Che Wan Noorsaidi binti Che Wan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Mok Zah, yang merupakan generasi ke-9 pewaris kesenian Saba’. Beliau mempunyai kepakaran dalam tarian, nyanyian serta permainan alat muzik Saba’ seperti Anak Umbang, gong dan rebana.

Ketokohan Mok Zah dalam mempertahankan kelangsungan seni tradisional ini turut mendapat pengiktirafan apabila beliau dinobatkan sebagai Tokoh Kesenian Saba’ sempena Anugerah Tokoh Seni Budaya Negeri Terengganu pada tahun 2015. Perkongsian mengenai tokoh ini memberi nilai tambah kepada peserta dalam memahami peranan individu dalam memastikan seni warisan terus dipelihara dan tidak ditelan zaman.
Program ini turut mendapat perkongsian dan sokongan daripada Encik Mat Nor bin Abd. Lah, Pengerusi Persatuan Sejarah Dungun, serta Encik Wan Mohd Rosli bin Wan Ngah, Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Dungun, yang berkongsi pengetahuan dan perspektif berkaitan sejarah serta warisan tempatan.

Turut bersama menjayakan program ialah Puan Noor Zulaikha binti Ab Wahab, Penolong Pegawai Tadbir, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) serta Encik Che Ku Abd Rahimi bin Che Ku Mat Salleh, Pengerusi JPKK Kampung Kuala Jengal yang diwakili oleh Encik Muhammad Firdaus Khairi bin Mamat, Setiausaha JPKK Kampung Kuala Jengal, yang memberikan kerjasama dalam menjayakan pengisian program serta memperkenalkan keunikan masyarakat dan persekitaran Kampung Kuala Jengal.

Program Jejak Warisan ini bukan sekadar aktiviti kunjungan, malah menjadi wadah untuk menyelusuri sejarah, mendekati masyarakat dan menghayati warisan secara langsung. Pengalaman sebegini mampu menyemai rasa kecintaan terhadap sejarah dan budaya, di samping memupuk kesedaran tentang pentingnya usaha memelihara khazanah warisan untuk generasi akan datang.

Melalui penganjuran program ini, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) terus menyokong usaha memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap kepentingan memelihara, menghargai dan mengangkat warisan sejarah serta budaya negeri Terengganu agar terus hidup, dikenali dan diwarisi sepanjang zaman.

jw kj-11

jw kj-11

jw kj-11

jw kj-11

jw kj-11

jw kj-11

jw kj-11

jw kj-11

jw kj-11

jw kj-11

jw kj-11

jw kj-11

 

Last modified on Selasa, 15 September 2026 17:34
  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO