Arkib Berita 2023 (19)

 
 
bedah2

26 Februari 2023, Perpustakaan Awam negeri Terengganu telah berlangsungnya program " Bedah Buku : Kumpulan Sajak Remaja - Apabila Tingkap Dibuka " di Galeri Penulis Terengganu. 'Kumpulan Sajak Remaja : apabila tingkap dibuka' ini adalah hasil nukilan Saudara Hilmi Rindu yang merupakan penulis tamu PPAT dan telah diterbitkan pada tahun 2019. Bedah Buku ini telah dibicarakan dan dikupas oleh Cikgu Abdul Aziz bin Ibrahim dan disiarkan secara live di facebook PPAT.
 
 
bedah1
 
Sabtu, 25 Februari 2023 07:46

PPAT Rancakkan Program Sempena Cuti Sekolah

Written by

PPAT melalui Bahagian Perkhidmatan dan Pengurusan Maklumat (BPPM) telah merangka pelbagai aktiviti menarik sempena cuti sekolah ini.
Diantara aktiviti yang telah berjaya menarik ramai peserta ialah aktiviti Bookmark Kain Felt di Bilik Aktiviti yang diadakan pada 20 Februari. Seramai 60 peserta telah menyertai aktiviti ini. Selain itu juga BPPM turut mengadakan aktiviti Sarapan Mudah : Sandwich. Peserta berpeluang mencuba menyediakan sandwich dan menikmatinya bersama-sama.

Sepanjang cuti sekolah berlangsung, PPAT akan mengadakan pelbagai aktiviti cuti sekolah pada setiap isnin dan rabu bermula jam 10.00 pagi. 

 

kainfelt2

kainfelt1

kainfelt3

sandwich3

sandwich2

sandwich1

aduansuk0
 
KHAMIS, 16 FEBRUARI 2023 : Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, PPAT meraih Tempat Ketiga Anugerah Pengurusan Aduan Awam Cemerlang Tahun 2022 bagi Kategori Badan Berkanun Negeri Terengganu. Majlis ini disempurnakan oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu di Majlis Amanat Setiausaha Kerajaan Terengganu 2023 yang berlangsung di Dewan Besar, Wisma Darul Iman pada hari ini. Hadir sama menerima anugerah ini ialah Pn. Norliza binti Ismail, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu.
Tahniah dan syabas kepada seluruh Warga Kerja PPAT atas pencapaian ini.
Gambar Oleh : Unit Perancangan, Pembangunan & Korporat, PPAT dan UPDI
 
aduansuk2
 
aduansuk1
 
aduansuk4
 
aduansuk3
15 FEBRUARI 2023 / RABU - PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH DUNGUN
Seramai 100 orang murid sekolah rendah yang terpilih dari seluruh negeri Terengganu telah berkumpul selama sehari bagi menyertai bengkel Penulis Cilik di Perpustakaan Awam Daerah Dungun. Majlis Perasmian Bengkel Penulis Cilik ini telah disempurnakan oleh Tuan Sakri Bin Abdullah, Ketua pegawai Eksekutif, Institut Terjemahan Buku Malaysia. Turut hadir Tuan Roslan bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
 
Ceramah telah disampaikan oleh Dr. Ahmad Fadhlil Mohamad Pakarul-Razy atau lebih dikenali sebagai Fadh Razy yang merupakan seorang Tokoh penulis kelahiran Terengganu.
Diharapkan dengan adanya bengkel cilik ini, dapat melahirkan bakat-bakat penulis muda yang akan mewarnai dunia penulisan di masa akan datang.
 
penuliscilikdungun1
 
penuliscilikdungun2
Ahad, 15 Januari 2023 17:01

PPAT FC Kekal Juara

Written by

kesperb2023a

 

Kuala Terengganu, 14 Januari 2023 Pasukan Futsal Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT FC) telah merangkul juara buat kali ke dua di Kejohanan Futsal Piala YDP KESBERB ZON TIMUR 2023 anjuran Kelab Sukan Jabatan Perancang Bandar Malaysia Zon Timur. Kejohanan tersebut diadakan di Gelanggang Futsal MBKT yang disertai oleh 6 buah pasukan terdiri daripada Pasukan Plan Malaysia Terengganu, Plan Malaysia Zon Timur, MAIDAM, Yayasan Terengganu, PPAT dan Romantika FT. Format kejohanan dijalankan secara liga dan setiap pasukan perlu mengharungi 5 perlawanan. Pasukan PPAT turut merangkul kategori penjaring terbanyak dan penjaga gol terbaik kejohanan. Syabas dan tahniah Pasukan Futsal PPAT.

 

kesperb2023b

Khamis, 15 Disember 2022 03:53

PPAT Tekad Perangi Rasuah

Written by

Kuala Terengganu, 13 Disember 2022 - Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah berjaya mengadakan Program Ikrar Bebas Rasuah bagi warga kerjanya.  Ini adalah satu bentuk komitmen yang ditunjukkan oleh pengurusan PPAT bagi memerangi gejala rasuah di kalangan warga kerja. Majlis yang penuh integriti ini berlangsung di Dewan Serbaguna Perpustakaan Awam Negeri Terengganu dan dihadiri oleh  warga kerja PPATyang terdiri dari pelbagai lapisan perkhidmatan. Lafas Ikrar Bebas Rasuah ini telah disempurnakan dan dipimpin oleh Puan Norliza binti Ismail, Pengarah PPAT dan disaksikan oleh Penolong Pesuruhjaya Zainal bin Ayop, Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Terengganu. Ceramah Integriti bertajuk "Membina Integriti Memerangi Rasuah" telah dijalankan sebelumnya dan disampaikan oleh Penolong Penguasa Mohd Yusoff bin Mat, Pegawai Pendidikan Masyarakat SPRM Terengganu. Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh kepimpinan tertinggi dan warga kerja PPAT secara sukarela. 

 

ibr1

ibr1

ibr7

ibr7

ibr7

ibr7

ibr7

Halaman 2 dari 2
KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)