Kuala Terengganu, 13 Disember 2022 - Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah berjaya mengadakan Program Ikrar Bebas Rasuah bagi warga kerjanya. Ini adalah satu bentuk komitmen yang ditunjukkan oleh pengurusan PPAT bagi memerangi gejala rasuah di kalangan warga kerja. Majlis yang penuh integriti ini berlangsung di Dewan Serbaguna Perpustakaan Awam Negeri Terengganu dan dihadiri oleh warga kerja PPATyang terdiri dari pelbagai lapisan perkhidmatan. Lafas Ikrar Bebas Rasuah ini telah disempurnakan dan dipimpin oleh Puan Norliza binti Ismail, Pengarah PPAT dan disaksikan oleh Penolong Pesuruhjaya Zainal bin Ayop, Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Terengganu. Ceramah Integriti bertajuk "Membina Integriti Memerangi Rasuah" telah dijalankan sebelumnya dan disampaikan oleh Penolong Penguasa Mohd Yusoff bin Mat, Pegawai Pendidikan Masyarakat SPRM Terengganu. Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh kepimpinan tertinggi dan warga kerja PPAT secara sukarela.