Selasa, 28 Februari 2023 15:23

OACP PPAT Fokus Empat Bidang Utama

Written by 
Rate this item
(0 votes)

Kuala Terengganu - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu telah melancarkan Pelan Antirasuah PPAT (OACP) 2023-2027pada 23 Februari 2023 bersempena Majlis Apresiasi Warga Kerja PPAT 2023.  Pelancaran ini telah berjaya disempuranakan oleh YB. Ustaz Ridzuan Bin Hashim selaku Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu. 

Pelan Antirasuah PPAT (OACP) 2023-2027 merupakan usaha PPAT dalam mendukung aspirasi kerajaan dan masyarakat Malaysia untuk membanteras salah laku rasuah di negara ini. OACP merupakan satu pelan yang komprehensif dan inklusif dalam menangani risiko rasuah, integriti dan tadbir urus di PPAT. Setiap pelan tindakan dan inisiatif yang terkandung dalam OACP ini adalah hasil daripada perbincangan meliputi semua aspek yang berkait rapat dengan kefungsian PPAT. OACP ini diharapkan menjadi pemangkin untuk mengatasi kelemahan integriti dan tadbir urus jabatan secara menyeluruh.

 

OACP PPAT ini merangkumi 21 Inisiatif melalui 4 bidang keutamaan iaitu Pentadbiran & Sumber Manusia, Pembangunan, Perolehan dan Perkhidmatan. Ia juga merangkumi 2 inisiatif jangka pendek, 3 inisiatif jangka sederhana serta 16 inisiatif jangka panjang. Pelan ini juga mengandungi 4 Strategi dan 7 Objektif Strategi yang digariskan bagi memperkukuhkan isu governans, integriti dan anti rasuah melalui pematuhan terhadap akta, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa. 

Bagi memastikan keberkesanan pelan ini, pelaksanaan semua inisiatif akan dipantau dan dinilai secara konsisiten oleh Jawatankuasa OACP PPAT dengan mengambil kira maklum balas, panduan dan nasihat daripada pelbagai pihak agar usaha yang dijalankan sentiasa relevan serta dapat diukur tahap keberkesanannya.

Dokumen OACP PPAT ini boleh diakses melalui atas talian di alamat url : https://trglib.gov.my/images/pdf/oacp.pdf

 

apresiasi4

 

 

 

oacp lancar

Read 965 times Last modified on Selasa, 06 Ogos 2024 07:08
KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)