Kuala Terengganu, 12 Oktober 2019 - Perpustakaan Awam Negeri Terengganu telah menganjurkan Mini Sukan sempena sambutan Bulan Sukan Negara. Ianya merupakan inisiatif PPAT untuk mengadakan aktiviti riadah dan kecergasan bagi pengguna dan pengunjung perpustakaan supaya sentiasa cergas dan aktif. Program ini berlangsung di perkarangan lobi perpustakaan dan mendapat sambutan yang baik oleh pengunjung-pengunjung perpustakaan yang hadir. Seramai 60 orang peserta telah terlibat dalam perbagai permainan dalaman antaranya permainan congkak, dam ular gergasi, karom, balingan kasih, lemparan gelung, futsal 2 on 2 dan free netbal.