Kuala Terengganu, 28 September - Persatuan Karya Neg. Terengganu (KARYA) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur telah berjaya mengadakan satu permentasan teater bertajuk Kurung Mek Wok. Persembahan yang memukau seluruh penonton yang hadir ini adalah hasil karya Haji Wan Ahmad Ismail dan diarah oleh Lelawati Awang Chik.
Projek pementasan drama ini dalam rangka mengangkat skrip penulis ke pentas agar pemikirannya dapat dikongsikan bersama-sama dengan penonton. Pementasan ini penting sebagai kesinambungan pengembangan teater di Terengganu dan menjayakan kempen Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan (GDBK) 2019. GDBK telah diperkenalkan sebagai satu gerakan yang bersepadu dalam usaha meningkatkan kualiti dan kuantiti penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat seluruh Malaysia.