Jumaat, 11 Januari 2019 02:35

Buku Orang Terengganu Bakal Dilancar 29 Januari Ini

Written by 
Rate this item
(0 votes)
 
KUALA TERENGGANU, 9 Januari - Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) akan melancarkan Buku Orang Terengganu, Asal Usul Arah Hidup dan Arah Tuju pada 29 Januari ini.
 
Pengarah PPAT, Marzialina Mohamed berkata, buku setebal 500 halaman merupakan hasil tulisan Prof. Dato' Mohammad Abu Bakar dan mengambil masa sepuluh tahun untuk disiapkan.
 
“Kandungannya menceritakan kisah yang berkait rapat dengan rakyat Terengganu dan ia meliputi banyak aspek termasuk budaya dan asal usul mereka.
 
“Majlis pelancaran ini akan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pada tarikh berkenaan,” ujarnya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Temu Mesra Bersama Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, di Dewan Teater PPAT, di sini kelmarin.
 
mtm5
 
Sementara itu, Pengerusi PPAT, Ustaz Ridzuan Hashim ketika ditemui berkata, majlis pelancaran ini adalah sangat penting kerana buku ini menceritakan tentang perihal orang negeri Terengganu dan mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

“Jika bukan kita orang  Terengganu yang memartabatkan karya tentang orang negeri kita, siapa lagi dan saya mengalu-alukan orang ramai memilikinya selepas dilancarkan nanti,” ujarnya.
 
Oleh: Mohd Haniff Abas
Read 3456 times Last modified on Ahad, 24 Februari 2019 11:08
  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)