Kuala Terengganu, 9 Januari 2019 - Perbadanan Perpustakaan Awam Teengganu telah mengadakan satu Majlis Temu Mesra Bersama Pengerusi Baharu iaitu YB Ustaz Ridzuan Hashim di Dewan Teater PPAT. Kedatangan kali pertama YB Pengerusi bertemu mesra bersama kaktangan PPAT telah diraikan oleh seluruh warga kerja PPAT dari semua cawangan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.
Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengarah PPAT, Puan Marzialina Mohamed. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh YB Pengerusi. Pelbagai pengalaman dan intipati menarik yang disampaikan dalam ucapan tersebut sedikit sebanyak menjadi pembakar semangat bagi seluruh warga kerja PPAT dalam menjalankan tugasan masing-masing untuk terus memartabatkan institusi perpustakaan di peringkat tertinggi.
Sesi bergambar bersama seluruh warga PPAT turut diadakan di akhir majlis bagi merakam detik manis bersama YB Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu.