Kuala Terengganu, 4 Oktober 2026 | Sebagai simbolik dan tanda sokongan kepada kontinjen PPAT yang akan menyertai Konvensyen Perpustakaan Awam Se-Malaysia Kali Ke-26 yang akan berlangsung pada 9 hingga 13 Oktober 2026 di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah diadakan satu majlis Penyerahan Bendera Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) .
Dalam majlis tersebut, Puan Nuzulnisa binti Barudin @ Kamarudin, Pengarah PPAT, telah menyerahkan bendera PPAT kepada Chief de Mission, Dr. Kamarulzaman bin Mahmood.
Penyerahan bendera tersebut menjadi simbolik amanah, semangat juang dan sokongan padu pihak pengurusan PPAT kepada seluruh kontinjen yang akan membawa nama PPAT sepanjang berlangsungnya konvensyen berkenaan.
Majlis ini turut menjadi wadah untuk menyuntik semangat, meningkatkan keyakinan serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan kontinjen PPAT agar dapat memberikan komitmen terbaik dan mengharumkan nama PPAT di peringkat kebangsaan.




