Print this page
Selasa, 06 Mei 2025 14:05

Selamat Datang Puan Pengarah PPAT

Written by 
Rate this item
(0 votes)
5 Mei 2025 | ISNIN - PPAT mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Puan Nuzulnisa binti Barudin@Kamarudin (Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu).
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan sesi suai kenal bersama-sama Ketua Bahagian dan Unit.
Sesi ini dimulakan dengan pembentangan pengenalan,fungsi dan struktur organisasi PPAT yang telah di sampaikan oleh Encik Rijaluddin bin Muda (Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan). Secara keseluruhanya,penerangan yang disampaikan telah memberi gambaran berkaitan PPAT dalam melaksanakan fungsinya kepada masyarakat.
Hasil daripada pembentangan, Puan Pengarah mengharapkan komitmen yang sedia ada dalam memacu PPAT dapat diteruskan sebagai ejen penyebaran maklumat kepada masyarakat.
Selain itu, Puan Pengarah juga mengharapkan hubungan erat antara agensi dapat di jaga disamping membentuk warga kerja yang kompeten dan berintegriti, selaras dengan aspirasi pembangunan negeri Terengganu.
 
pengarah day1b
pengarah day1a
pengarah day1a
pengarah day1a
pengarah day1a
pengarah day1a
pengarah day1a
pengarah day1a
pengarah day1a
Read 1321 times Last modified on Ahad, 23 Ogos 2026 17:01
faizu

Latest from faizu