Print this page
Rabu, 14 Mei 2025 12:52

Bengkel Pemurnian MyPerformance Perkukuh Kecekapan Pentadbiran Penilaian

Written by 
Rate this item
(0 votes)
KUALA TERENGGANU, 11 MEI – Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu telah menganjurkan Bengkel Pemurnian MyPerformance pada 11 Mei 2025 bagi memperkukuh kefahaman dan kecekapan pelaksanaan sistem penilaian prestasi penjawat awam di peringkat jabatan. Bengkel ini telah disertai oleh 19 orang pentadbir bahagian dan unit serta dikendalikan oleh Encik Hamidi bin Ramli, kakitangan dari Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia. Pelaksanaan bengkel ini bertujuan memastikan penyelarasan data, tatacara penilaian serta pemahaman komponen penting seperti Nilai Sepunya, Sasaran Penghasilan Kerja (SPK), peranan Pegawai Penilai dan beberapa komponen lain dilaksanakan secara sistematik dan efisien.
 
Sistem MyPerformance, yang dijangka akan mula digunakan sepenuhnya pada tahun 2026, merupakan inisiatif baharu yang menggantikan sistem penilaian sedia ada, selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan ketelusan, keadilan dan keberkesanan pengurusan prestasi penjawat awam. Usaha ini sejajar dengan komitmen jabatan dalam mengekalkan tadbir urus prestasi yang telus, berintegriti dan berorientasikan kecemerlangan kerja.
 
Berita oleh : Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia PPAT
 
 
myperformance1
myperformance4
myperformance2
myperformance3
myperformance5
 
Foto oleh : Unit Media PPAT
Read 785 times Last modified on Ahad, 23 Ogos 2026 17:00
faizu

Latest from faizu